Memaparkan catatan dengan label novel online. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label novel online. Papar semua catatan

bab 7

Dua minggu sudah berlalu, Nur kini sudah pun mendapatkan perkerjaan. Tetap di
kedai makan, dan tugasnya juga tetap tidak berubah. Iaitu, pembuat air. Memang
ditakdirkan dirinya hanya untuk menjadi sebagai seorang pembuat air sahaja agaknya.
Inilah akibat sebab dia tidak bersekolah. Apabila diingat perbualannya dengan Aysraf,
membuatkan dia tersenyum sendiri. Kelulusan sampai SPM. Walhal, sekolah rendah pun
tak habis! 

Walaupun begitu, sekarang ini dia berasa amat berpuas hati, gaji yang diberi tidak kurang
lumayannya. Tidak seperti di kedai pak Leman. Dah la, gaji murah. Selalu pula kena
marah. Rimas dibuatnya. Bagi dirinya, nama kedai makan ditempatnya bekerja sekarang
ini agak istimewa, iaitu Restaurant Seri Menanti. Agak-agaknya apalah yang dinanti-
nantikan oleh restaurant ini. Entahlah.
Em, baiklah kali ini aku berazam, aku akan bekerja bersungguh-sungguh.

Walaupun hanya sebagai pembuat air. Tidak ingin diulangi perangai lamanya yang suka
sangat mengusha lelaki-lelaki yang dianggapnya kaya yang singgah makan disitu. Cukup
lah sekali, dia mengikat perut dek kerana duit simpananya hampir habis kerana
diberhentikan kerja. Memang serik dibuatnya.

“Nur!! Jus tembikai laici satu!!” Jerit Zarif. Nur yang mengelamun di dapur
sambil memegang sudu, hampir terlepas dari tanganya apabila mendengar jeritan
daripada Zarif. Zarif ini pun, bekerja di Restaurant Seri Menanti ini. Cuma tugasnya
adalah mengambil pesanan dan menghantar pesanan yang telah siap kepada pelanggan.
Dia memang seorang lelaki yang amat ramah dan ringan tulang. Belum sampai dua hari
Nur bekerja di Restaurant Seri Menanti ini, dia memang sudah agak rapat dengan Zarif.

“Ya... tunggu sekejap!!! ” Nur memberikan jawapan tanda dia mendengar arahan
Zarif. Dengan pantas Nur mengambil buah tembikai yang memang sudah siap dipotong
didalam peti ais dan memasukkannya ke dalam tempat pengisar buah-buahan.

Diambilnya ketulan ais yang telah dipecahkan dan, dimasukkannya ke dalam tempat
pengisar tadi. Tidak dilupakan juga sedikit air. Setelah campuran tadi siap dikisar.
Dimasukkannya ke dalam gelas dan dicampurkan dengan buah laici segera yang telah
siap diproses didalam tin. 

“ Jus siap! ” Jerit Nur. Zarif yang mendengar, tanpa melengahkan masa terus
mendapatkan jus tembikai laici yang telah siap untuk dihantarkan kepada pelanggan.

Tanpa disedari oleh Nur. Rupa-rupanya ada sepasang mata yang memerhatikan
gelagat Nur daripada tadi. Ya. Dia ialah Encik farouk. Pemilik Restaurant Seri Menanti
ini. Dia merupakan seorang duda dan mempunyai seorang anak lelaki. Menurut Zarif,
Encik Farouk telah bercerai dengan isterinya. Penyebab utama perhubungan mereka
suami isteri dilambung badai kerana, Encik Farouk telah menjalinkan hubungan sulit
dengan sepupu isterinya sendiri. Menurut Zarif lagi, sepupu bekas isteri Encik Farouk
juga pernah mengandung. Tetapi Encik Farouk menyuruh agar kandungan itu
digugurkan. Dasyat sungguh perangai Encik Farouk ini rupanya. Tetapi, Nur tidak juga
mempercayai kata-kata Zarif seratus peratus. Ini kerana dia masih lagi baru bekerja
disitu. Dan dia tidak mahu membuat apa-apa kesimpulan dan andaian lagi mengenai bos
barunya itu.

Encik Farouk yang sememangnya daripada tadi memerhatikan Nur, mengaturkan
langkah untuk mendekati Nur yang sedang sibuk membancuh minuman yang telah
dipesan oleh pelanggan. Sememangnya malam ini, ramai sungguh orang yang singgah
makan di Restaurant Seri Menanti ini.

“Nur... Lepas kerja ni. Nur balik dengan siapa? Lagipun malam-malam macam ni
bahaya tau kalau perempuan jalan sorang-sorang... ” Encik Farouk mengutarakan
pertanyaan. Nur yang sedang sibuk dengan tugasnya berhenti seketika dan memandang
ke arah bosnya, Encik Farouk. 

“Oh.. Encik Farouk... Ermm... Macam biasalah. Jalan kaki je. Lagi pun siapalah
yang nak jemput saya ni Encik Farouk.. Pakwe pun tak da tau.. hehe..”
“hahaha… apa la kamu ni Nur. Kalau saya hantar kamu balik macam mana? ”

“Err.. tak apalah Encik Farouk. Lagi pun rumah saya dekat-dekat sini je” Jawab
Nur, memberikan alasan. Walaupun sebenarnya rumah dia agak jauh dari kedai makan
ini. Meremang bulu romanya apabila melihat rupa gatal bosnya itu. Umur sudah masuk
lima puluh tahun. Ada hati mahu mengurat aku. Eee.. tolonglah… Tanpa disedari, Nur
tiba-tiba mencebirkan bibirnya. Encik Farouk yang melihatkan gelagat Nur hanya
tersenyum dan berlalu pergi ke kaunter bayaran. Baginya, untuk memikat perempuan
seperti Nur kita mesti mengambil langkah satu demi satu. Dengan penuh berhati-hati.
Bak kata pepatah, kalau ingin menarik rambut didalam tepung haruslah berhati-hati. Agar
rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak.

“Wuit. Apa bos kita tu nak...” Soal Zarif, sewaktu dia ingin mengambil pesanan
mee gorang yang telah siap dimasak.
“Tak ada apa-apalah... Dia cuma nak hantarkan aku balik rumah. Itu je...”

“hah! Biar betul. Habislah... ulat bulu... dah... naik... daun... Hahaha...” Belum
sempat Nur membalas kata-kata Zarif, dia sudah pun berlari- lari anak ke depan untuk
menghantar pesanan mee goreng yang dipegangnya sejak daripada tadi. Memang dasar
internet bergerak. Dengus Nur. 

Tan Sri Mansur yang sejak daripada tadi duduk dihadapan television menonton
siaran berita di TV3 masih lagi setia di tempat duduknya, walaupun siaran berita itu
sudah pun tamat. Sekarang ini tontonannya beralih pula kepada siaran majalah tiga.

Memang dia amat menyukai informasi yang terdapat dalam rancangan majalah tiga ini.
Baginya, segala informasi yang diberikan kepada penonton amat berguna dan terkini untuk
tontonan seisi keluarga. 

Seisi keluarga? Baginya tiada istilah keluarga dalam kamus hidupnya. Sekarang
ini yang dia ada, cumalah isterinya yang tercinta. Anaknya, Ariel. Selain duduk
bersenang-lenang dan keluar berfoya-foya dengan gadis-gadis di pub, apalagi yang dia
tahu buat. Kalau setakat ijazah yang dimiliki olehnya dalam bidang perniagaan
hanya untuk disimpan di dalam laci dibiliknya, lebih baik Tan Sri Al-Mansyur tidak perlu
bersusah-payah untuk menghantarnya belajar hingga Universiti Meiji di Jepun. Memang
anak yang tidak berguna dan tidak boleh diharap. Rungut Tan Sri Mansur.
“Apa yang dibebelkan sorang-sorang tu bang...” Tiba-tiba Puan Seri bertanya.
Entah sejak bila isterinya berada di belakangnya pun tidak di ketahuinya.

“Tak ada apalah sayang...“ Jawab Tan Seri Al-Mansyur sambil menarik tangan
isterinya agar isterinya duduk disebelahnya. Puan Seri Elisa hanya menurut. Dia
sememangya amat bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang begitu menyayangi
dan memahami dirinya. Walaupun mereka kadang-kadang jarang berjumpa atas alasan
suaminya yang sibuk bekerja, tetapi rumahtangga mereka tetap utuh hingga ke hari ini.
Hanya satu sahaja kata kunci yang dipegang oleh mereka hingga ke hari ini, iaitu
kepercayaan. Sekiranya rasa kepercayaan terhadap pasangan kita dapat dipupuk, maka
perasaan kesetiaan itu juga akan timbul tanpa dipinta.

“Habis tu... yang saya nampak abang cakap sorang-sorang tu apa... Em. Abang...
apa la nak jadi dengan anak kita seorang tu. Risau saya dibuatnya. Hubungi saya pun tak
ada. Saya ni, bukannya tak cuba nak hubungi anak kita tu, tapi nombor telefon bimbitnya
selalu sangat bertukar-tukar... Abang ada tahu apa-apa tak pasal anak kita tu...?” Tanya
Puan Seri Elisa, ingin mencungkil rahsia. Mana tahu, kalau suaminya tahu apa-apa.

“Err.. tak... tak tahu apa-apa pun. Eh awak ni, dia tu anak awak. Awak la yang
sepatutnya lebih tahu.” Jawab Tan Seri Al-Mansyur, berdalih. Bukan dia tidak tahu
perkembangan anaknya itu. Dia sememangnya sudah menyuruh orang mengintip gerak-
geri anak lelakinya seorang itu. Cuma dia tidak mahu, isterinya menjadi lebih risau, kalau
dia mengetahui perangai anaknya yang selalu masuk ke pusat-pusat hiburan dan berfoya-
foya dengan anak dara orang diluar sana. Sekiranya isteri dia mengetahui perkara
tersebut, alamatnya memang perang dunia akan berlakulah antara isterinya dan anaknya.

“Awak saya nak pergi tandas kejap.” Tan Seri Al-Mansyur cuba untuk lari dari
isterinya seorang ini. Kalau lagi lama dia duduk disini, maknanya bermacam-macam
soalan lagilah yang akan ditanya oleh isterinya berkenaan Ariel. 

“Tengok tu... kalau orang nak bincang dengan dia. Ada je alasan dia.“ Puan Seri
Elisa seakan-akan merajuk dengan perangai suaminya itu. Tetapi, kalau dia merajuk
macam mana sekalipun, bukannya suami dia itu ingin memujuk dirinya. Akhirnya nanti
dia juga yang akan beralah dengan suaminya itu. Memang beginilah jadinya, kalau hati
sudah sayang.

bab 6

Pulau Langkawi memang satu kepulauan yang amat indah. Pemandangannya
sungguh menyejukkan mata dan angin yang sepoi-sepoi bahasa memang amat
menyamankan. Hah.. tenangya.. Ariel yang berjalan di persisiran pantai tiba-tiba bersuara 
sambil menyaksikan pemandangan laut yang berada dihadapanya kini.
  
“Sayang... You buat apa kat sini. Sampai hati you tinggalkan I sorang-sorang.
Tunggu la I, kejap... I nak beli air tu. Haus…” Tiba-tiba seorang perempuan memeluk 
Ariel dari belakang dan merengek seperti budak kecil. Ternyata perempuan itu, bukanlah 
Lily. Tetapi seorang perempuan yang tinggi lampai dan mempunyai susuk tubuh seperti 
seorang model. Dengan kulit wajah yang putih, mata yang sepet, mempunyai sebatang 
hidung yang mancung dan juga seulas bibir yang merah semulajadi. Mungkin orang 
ramai akan menyangka bahawa dirinya itu seseorang yang berbangsa cina. Tetapi 
itu semua ternyata silap. Dia, mempunyai wajah sebegitu kerana mempunyai darah
kacukan melayu dan thailand.
  
Ariel yang terkejut dengan pelukan tiba-tiba dari arisa, memusingkan badannya
menghadap Arisa. “Ye… sayang… Sorry ye.. I ingat kan you lama dekat situ.. lagi pun,  
tengok ramai orang yang nak beli air kelapa tu.  Sebab tu I jalan dulu…” Jawab Ariel 
sambil mencuit dagu Arisa.
  
“Ala.. You ni. Tak romantik lansung la... Sepatutnya dia yang belikan air untuk
kita. Ni tak, kita pulak yang kena beli sendiri.” Arisa yang merajuk dengan Ariel, 
menarik muka masam. Dipalingkan wajahnya ke arah laut yang terbentang luas di
hadapanya sekarang ini. Geram rasa hatinya mengenangkan perangai si Ariel ini. Saat ini,
dia mahu Ariel memujuk dirinya.
  
“Ok… Ok… I salah… I minta maaf ye. I janji, I tak buat lagi ye….
 Lepas ni I ikut je you pergi mana… I janji tak kan tinggalkan you…” Ariel
cuba memujuk. Di pegangnya kedua-dua bahu Arisa dan memusingkan badan Arisa 
menghadap dirinya. Mata Arisa di renung sedalamnya. Ah.. Si Ariel seorang ini memang 
pandai mencairkan hati-hati gadis yang didampinginya. Secepat mana hati gadis-gadis itu 
dilembutkan, sepantas itu lah gadis-gadis itu ditinggalkan. Memang dasar semua gadis
yang berdamping dengan dirinya bukan mencintainya, tetapi hanya mencintai wang yang
dimiliki oleh Ariel, termasuklah Arisa. Kalau setakat untuk dibuat stok girlfriend boleh
lah, kalau untuk dijadikan isteri, hanya Nur sahaja yang layak memenuhi kekosongan
jiwanya.

Arisa yang sememangya sudah terpanar dengan renungan mata Ariel dan suara
Ariel  yang seakan berbisik memujuknya, hanya mampu tersenyum memandang Ariel.
Alangkah indahnya saat ini, dirasakan oleh Arisa. Berdua-duan bersama kekasih hatinya,
berkejaran di persisiran pantai. Ariel, aku benar-benar mencintai dirimu, dan aku ingin
kau tahu bahawa aku sangat ikhlas dalam menyayangi dirimu. Walaupun aku tahu, kau
bukanlah seorang lelaki yang setia. Tetapi aku tidak pedulikan itu semua. Aku
akan cuba untuk, memiliki hatimu. Aku tidak akan membenarkan sesiapa untuk
merampas dirimu daripada aku. Itu janjiku.


****
maaf kalau hasil karya saya tidak sebagus mana. saya masih lagi hijau dan mahu belajar. ;)

bab 5


            Masuk hari ini, sudah seminggu Datuk Jamil terlantar di hospital. Datin Faridah
juga sudah sihat dan sudah seminggu juga Asyraf tidak hadir ke pejabat. Oleh kerana itu
juga projek pembinaan apartment di Kota Impian itu terlepas ke tangan syarikat lain.
Tetapi Asyraf tidak mengambil pusing mengenai hal itu, kerana selama ini Syarikat Mega
Devolopment Sdn Bhd sudah mendapat pelbagai projek pembinaan bernilai jutaan
ringgit.
  
            Perbincangannya dengan Ayesha di rumahnya semalam masih tergiang-ngiang di
telinganya. Sudah semalaman dia tidak dapat tidur kerana memikirkan hal ini.
  
            “Ha.. Ayesha. Jemput duduk. Macam mana keadaan di pejabat selama seminggu
saya tak ada? Semuanya berjalan lancar? Belum sempat Ayesha melabuhkan
punggungnya di atas kerusi, dirinya sudah diajui dengan bermacam-macam soalan. Fuh..
memang beginilah perangai Encik Asyraf.
  
            “ Segala urusan syarikat berjalan dengan lancar Encik Asyraf. Cuma.. ramai
perempuan yang datang bertanyakan tawaran kerja yang diiklankan di depan pintu
syarikat.”

            “Perempuan? Oh ye.. baru saya teringat. Habis, apa kamu jawab ayesha?”
  
            “Saya suruh mereka tinggalkan nombor telefon. Nanti kalau  ada apa-apa saya
akan hubungi mereka. Tapi...”
  
            “Tapi apa, Ayesha?.” Tanya Aysraf dengan dahi berkerut-kerut memandang
Ayesha.
  
            “Err... Saya rasa perempuan-perempuan tu tak sesuai la Encik Asyraf. Pakaian dia
orang... Gaya tutur dia orang.. semua kurang menyenangkan. Saya rasa Encik Asyraf
fahamkan maksud saya...?”
  
            “Em... ye lah. Tapi.. kita dah kesentukan masa Ayesha. Macam mana ni.?” Asyraf
cuba meminta pandangan daripada setiausahanya, Ayesha.
  
            “Apa kata, saya cadangkan Cik Nur.” Ayesha cuba mengemukakan cadangan.

            “Nur...?” Asyraf cuba membayangkan perempuan yang dimaksudkan Ayesha.

            “Ye... Nur. Perempuan yang datang untuk ditemuduga minggu lepas.”

            Habis air kopi yang diminum Asyraf tersembur keluar dari mulutnya. Dia
memang terkejut dengan cadangan Ayesha. Mana mungkin dia akan terima si masuk air
itu.  Tetapi sekarang ini, Aysraf sangat kesian melihat Ayesha. Baju kebaya nyonya
berwarna putih yang dipakai oleh Ayesha bertukar menjadi bintik-bintik hitam, dek
kerana air kopi yang tersembur dari mulut Asyraf.
  
            “Asyraf...” Panggilan ibunya, mematikan lamunan Asyraf yang berbaring
dibiliknya. Dia sudah tahu kalau ibunya memanggil, itu maknanya ibunya ingin pergi ke
hospital. Ziarahi ayahnya.
  
            “Ye bu... Asyraf datang ni..” Sahut Asyraf, sebelum mencapai cardigan birunya
dan menyarungkannya ke badan.
  
            Sampai sahaja mereka di hospital, kelihatan Puan Seri Elisa sudah berada di bilik
Datuk Jamil. Ibunya dan Puan Seri Elisa bersalaman. Ariel tidak kelihatan. Sepupunya
seorang ini memang lansung tidak mendengar nasihat.
  
 Tan Sri Al-Mansyur, papa Ariel tidak dapat datang untuk menziarahi ayahnya
hari ini.  Menurut Puan Seri Elisa, Tan Sri Al-Mansyur merangkap pakciknya berada di
US kerana ada mesyuarat berkenaan untuk mengembangkan lagi sayap syarikat Mega
Development ke sana. Sepatutnya, Asyraf yang harus hadir ke mesyuarat tersebut. Tetapi
oleh kerana ayahnya belum sedar lagi, pakciknya yang mengantikan tempat Asyraf.
Kalau nak diharapkan Ariel. Alamatnya, memang melingkuplah Syarikat Mega. 
  
“Idah.. Sabar ye.. Tak lama lagi sedar la abang tu. Tadi ada juga Ely nampak
abang gerak-gerakan jari. Tapi setakat itu sahajalah.” Puan Seri Elisa cuba menasihati
dan memberitahu perkembangan ayah kepada ibuku yang sedang mengambil tempat
untuk duduk disebelahnya.
  
“ Terima kasih Ely.. kalau kau tak da. Tak tahu la macam mana. Ermm.. abang
kau memang ada gerak sikit-sikit. Tetapi macam tu lah. Tak sedar-sedar. Risau juga akak
ni...”
  
Tiba-tiba, ada suara yang kedengaran memanggil-manggil nama ibuku. Suara itu
 datang dari arah ayah ku. Ye. Ayah ku telah sedar. Aku yang baru sahaja ingin duduk
 disebelah Ayah terus membatalkan niat. Tetapi sebaliknya aku terus bergegas keluar
 daripada wad untuk mendapatkan doktor. Ibuku dan makcik bangun dari tempat duduk
 masing-masing dan sekarang ini berdebar-debar melihatkan keadaan ayahku.
  
“Emm.. baguslah. Ayah Encik Asyraf sudah sedarkan diri. Tetapi.. Ayah Encik
 Asyraf harus ditahan untuk beberapa hari lagi. Ini kerana, pihak kami ingin melakukan
 beberapa pemeriksaan lagi, bagi memastikan ayah Encik Asyraf betul-betul sihat untuk
 keluar dari hospital ini. Lagi satu, saya harap agar Datuk Jamil tidak membuat kerja-kerja
 berat. Ini bagi mengelakan diri Datuk Jamil daripada menjadi penat.” Doktor Steven
 memberikan penjelasan, setelah membuat pemeriksaan terhadap ayahnya. Sememangya
 Doktor Steven, ialah seorang doktor yang amat mengambil berat mengenai pesakitnya.
  
Sebelum Doktor Steven keluar dari bilik ayahnya ditempatkan, sempat dia
 menepuk-nepuk ke bahu Asyraf. Asyraf, hanya tersenyum kelegaan memandang Doktor
 Steven kerana keadaan ayahnya sudah bertambah pulih.
  
Puan Seri Elisa yang berada di samping Asyraf sejak daripada tadi untuk
mendengar perkembangan abangya menarik tangan Asyraf untuk merapati katil Datuk
Jamil. Aysraf yang teragak-agak, hanya mengikuti. Sekarang kelihatan ayahnya
memandang lemah kepada Asyraf. Sayu hatinya, melihatkan keadaan ayahnya.
Sememangya penyakit asma ini tidak boleh dibuat main. Kalau tidak kerana inhaler
ayahnya tertinggal di rumah pakciknya, Tan Sri Al-Mansyur, mesti perkara ini tidak akan
berlaku. Tetapi, apabila di imbas kembali. Penyakit semput yang di alami oleh ayahnya
sejak kebelakangan ini memang sudah semakin menjadi-jadi.
  
Ayahnya juga seorang yang degil. Tidak mahunya dia duduk diam di rumah.
Hendak berkebun la, itu la, ini la. naik pening kepala Asyraf dibuatnya. Nanti apabila
dilarang. Merajuk pula.   
  
“Ayah... Ayah rehat ya... nanti, kalau ayah dah betul-betul sihat... ayah boleh
balik rumah...” Asyraf tiba-tiba bersuara. Ayahnya, yang terlalu letih tidak mampu lagi
untuk bersuara tetapi sebaliknya hanya mengerdipkan matanya tanda memahami apa
yang dicakapkan oleh Aysraf.
  
Asyraf yang faham dengan isyarat ayahnya, hanya menanggukan kepalanya.
Ibunya, masih lagi berada disisi ayahnya. Mengusap lembut rambut ayahnya. Ibunya
memang sangat menyayangi ayahnya. Kasih sayang mereka berdua juga semakin
bertambah dengan bertambahnya umur mereka berdua. Bukan seperti sesetengah
pasangan, yang semakin bertambah umur, semakin kurang kasih sayang mereka terhadap
pasangan mereka.
  
“Idah... Ely balik dulu ye... lagi pun petang ni, Ely ada perjumpaan dengan ahli
persatuan kaum ibu di balai raya.. Nak bincangkan mengenai aktiviti membuat gelang
daripada manik.” Makciknya bersuara. Meminta izin untuk pulang. Sememangya
makciknya seseorang yang aktif dalam melibatkan diri di dalam aktiviti kemasyarakatan
seperti itu.  
  
“Yelah, Ely... lagi pun abang kau ni pun dah sedar. Lega sikit hati akak ni. ”
Jawab Datin Faridah sambil memandang ke arah adik iparnya Datin Elisa.

****
maaf kalau hasil karya saya tidak sebagus mana. saya masih lagi hijau dan masih lagi mahu belajar. ;)


bab 4

          Sampai sahaja dibilik, Ariel terus merebahkan dirinya diatas tilam yang empuk.
Lega rasanya apabila dapat merehatkan badannya yang penat akibat seharian berjumpa
dengan  Lily. Melayan kerenah Lily yang sememangnya manja dan kuat merajuk itu,
membuatkan Ariel rimas. Kemana sahaja Ariel pergi ingin diekorinya.
  
            Tetapi, sebelum Ariel keluar dengan Lily. Pertemuan dirinya dengan Nur memang
 tidak akan dapat dilupakan. Nur sememangya seorang gadis yang sangat kelakar.

            Wajah Nur digerakkan ke hadapan agar rapat  kepada Ariel dengan melindungi
mukanya dengan buku menu yang disediakan . Sengaja dibuat begitu agar pelayan
restaurant makanan Itali itu tidak mendengar apa yang hendak dicakapkan dengan Ariel.
  
“Err.. makanan kat sini mahal-mahal lah.. kenapa kita tak makan dekat kedai
biasa je” Hati Nur sudah mula  resah sejak berada di depan pintu restaurant tadi. Manalah dia
mampu untuk makan di tempat mewah seperti ini. Kalau setakat makan di kedai mamak
boleh lah.. kalau tidak sia-sia sahajalah dia hanya minum air kosong selama dua hari ini
kerana ingin berjimat. 
  
“Tak pe.. kali ni saya belanja Nur. ” Jawab Ariel dengan keadaan berbisik sama
seperti Nur. Daripada raut wajah Nur, dia sudah dapat membaca, yang Nur tidak mampu
untuk membayar makanan disitu.
  
            Telefon bimbit Ariel tiba-tiba sahaja berbunyi. Mati segala lamunananya terhadap
 perbualan antara dia dengan Nur. Diambil telefon bimbitnya, dan kelihatan nama Lily
 tertera. Ariel membiarkan sahaja telefon bimbitnya berbunyi. Malas rasanya mahu
 melayan anak manja itu. Saat ini, wajah Nur sudah mula untuk memenuhi ruangan minda
 Ariel.

            Sejurus sahaja sampai di rumah, Nur menyalakan semua lampu yang berada di
dalam rumahnya agar jelas sedikit pandangannya. Memang agak lewat dia sampai di
rumah hari ini. Oleh kerana sebab mahu berjimat, Nur sanggup berjalan kaki untuk balik
ke rumahnya. Kalau hari-hari macam ni, memang aku tidak akan ada lemak lagi lah
dalam badan.
  
Tiba-tiba Nur terbau sesuatu. Dengan cepat Nur melihat bajunya. Heee.. Habis
baju aku. Busuk pula tu. Ini semua sebab kereta sport tu. Kalau dia tidak melanggar lopak
air. Mesti tak akan jadi macam ni. Rungut Nur sambil berjalan ke arah bilik air untuk
membasuh baju kurungnya yang berwarna merah jambu itu yang telah bertukar kepada
warna kecoklatan.
  
“Err.. Mak Limah.. Mak Limah..” Datin Faridah bersuara lemah memanggil
pembantu rumahnya. Dia cuba untuk bangun dari posisinya yang sedang berbaring.
Tetapi dia tidak mampu. Pandangannya saat ini, berpinar-pinar. Datin Faridah rebah
kembali.
  
Mak Limah yang baru sahaja masuk ke dalam bilik Datin Faridah, terus
mendapatkan Darin Faridah apabila dilihatnya Datin Faridah sudah mula sedar.

            “Syukurlah.. Datin dah sedar. Lega rasanya hati saya ni... datin.”
  
“Mak Limah.. Kenapa tak sahut saya panggil tadi.. Datuk Jamil macam mana.
Saya nak pergi hospital, nak temankan suami saya.” Datin Faridah cuba lagi sekali untuk
bangun, tetapi dia tetap tidak berdaya. Tenaganya seakan sudah hilang semuanya.
  
“Eh.. Datin jangan bangun. Datin rehat je. Datuk dalam keadaan stabil dah
sekarang. Asyraf ada temankan Datuk Jamil kat hospital. Datin tak perlulah risau.” Mak
Limah memberikan jawapan. Harapnya, kerisauan Datin Faridah akan berkurangan.
  
Datin faridah kelihatan agak tenang. Dia kemudian kembali memejamkan
matanya. Akhirnya dia terlena kembali. Mak Limah yang berada disisi datin, beransur
keluar dari bilik. Kerana, ingin menyiapkan segala kerjanya yang tertangguh didapur.
  
“Mak Limah.. ” Panggil Asyraf, apabila kelihatan Mak Limah baru sahaja turun
dari tingkat atas rumahnya. Jelas kelihatan, Mak Limah sangat terkejut. Mana tidaknya,
Asyraf yang baru sahaja balik dari hospital tiba-tiba sahaja terpacul dimuka pintu rumah.
Tanpa memberi salam.
  
“Err.. Encik Asyraf rupanya. Mak Limah ingat siapa tadi. Terkejut Mak Limah. ”

“Ibu saya macam mana Mak Limah? Dah sedar? Ayah masih lagi tidak sedarkan
diri. Walaupun keadaanya stabil. ”  Mata Asyraf kelihatan sangat kuyu. Asyraf kelihatan
sangat letih sehinggakan kakinya juga seperti tidak larat untuk meniti anak tangga untuk
sampai ke ruang atas. 
  
“Baru sebentar tadi Datin Faridah sedar. Tetapi, Datin dah tertidur balik. Mungkin
letih benar agaknya. ” Jawab Mak Limah sambil anak matanya mengekori Asyraf yang
sedang meniti tangga untuk naik ke tingkat atas.

Saat ini Asyraf seperti dengar tidak dengar sahaja apa yang dituturkan oleh Mak Limah.                  Apabila sampai sahaja di tingkat atas, bilik ibunya yang disinggah dahulu. Di bukanya pintu bilik               ibunya perlahan-lahan. Takut-takut ibunya akan tersedar daripada tidur. Asyraf kemudian                   mengatur langkah dengan cermat sehingga sampai disisi ibunya. Kepala ibunya diusap                                dan direnung ibunya dengan penuh kasih sayang. Ibu... Asyraf
takut. Asyraf takut tidak dapat penuhi permintaan ayah. Bisik Asyraf perlahan. Asyraf
meraup wajahnya.
  
Sebelum Asyraf masuk kebilik tidurnya sendiri, dahi ibunya dikucup dan selimut
ibunya juga dibetulkan. Saat ini dia ingin melelapkan mata, dan merehatkan tubuhnya.
Tanpa menukar baju kemeja birunya, Asyraf terus terlena di atas katil empuknya.

****
maaf kalau hasil karya saya tidak sebagus mana. saya masih lagi hijau dan mahu belajar. ;)

bab 3

           Wahhhh... Mata Nur tiba-tiba bercahaya. Hatinya mula berbunga-bunga. Bila
melihatkan lelaki didepannya kini. Seorang lelaki yang tinggi, berbadan tegap, dan
mengenakan sepasang kot dibadannya. Lelaki itu juga mempunyai sepasang mata yang
berwarna grey. “Wow. Handsome nyer...” Diluar kesedaran, Nur tiba-tiba bersuara.
  
            Ariel yang terpinga-pinga, seakan tidak percaya apa yang didengarnya sebentar
 tadi, tergelak besar melihatkan perlakuan gadis di depannya.

            Suara Ariel yang tergelak mematikan lamunan Nur. Sememangya dia tidak sedar
 apa yang telah dicakapkannya sebentar tadi. Kedua gengaman tangan Nur yang berada di
 kedua-dua pipinya segera diturunkan. Nur cuba melemparkan senyuman yang semanis
 mungkin.

            “Emm.. cik...” seraya itu Ariel menunjukan ibu jarinya kepada Nur, mengharap
 Nur akan memperkenalkan dirinya.

            “Oh.. Puteri Nur Aleyah. Panggil Nur je.

            “Puteri Nur Aleyah... Sedap nama tu. patut la wajah dia pun macam puteri.. Oh
ye. Nama saya Shahril Ariel. Panggil sahaja Ariel.” Jawab Ariel sambil memandang tepat
ke wajah Nur. Nur hanya menanguk-angukkan kepalanya, menandakan dia setuju untuk
mengunakan nama Ariel sebagai nama panggilan.


            “Em.. kalau Nur tak sibuk. Kita Lunch jom. Sekarang pun dah pukul satu.”
 Pancing Ariel, sambil melihat jam di tangannya.

            Nur yang sememangnya sudah 2 hari hanya minum air kosong tanpa menjamah
 sebarang makanan, mula meraba-raba perutnya apabila Ariel mengajaknya untuk makan
 tengah hari bersama. Tiba-tiba ada satu  irama keluar. Perut Nur tiba-tiba berbunyi. Nur
 yang sejak dari tadi memegang perutnya, dengan segera menurunkan tanggannya dan
 letakkan kesisi badannya.

            Terbeliak mata Ariel bila mendengarkan bunyi yang tidak disangka-sangka.
 Ariel yang melihat Nur tertunduk malu dek kerana bunyi tersebut, segera mencapai
 tangan Nur dan menariknya berlalu pergi dari Syarikat Mega Development Sdn Bhd. Nur
 yang terpinga-pinga dengan tindakan Ariel, membiarkan sahaja Ariel menarik dirinya
 pergi. Di dalam hati aku sekarang, sudah ada taman. Bicara Nur dalam hati, sambil
 memandang tangan Ariel yang mengengam jari-jemarinya.
            
Tok..tok.. ketukan di pintu menggangu penumpuan Asyraf terhadap kerja. Tetapi
 memang semenjak daripada tadi dia tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap
 proposal yang sedang dibuatnya. Gara-gara si masuk air itu. Habis hilang semua mood
 dia hari ini. Tok.. tok.. ketukan di pintu kedengaran lagi, apabila Asyraf tidak
 memberikan apa-apa respond. “Masuk...!” Jerit Asyraf dari dalam bilik pejabatnya.

            Pintu dibuka dan Ayesha, setiausahanya pantas melangkahkan kaki masuk ke
dalam. “ Encik Asyraf, baru sebentar tadi Datin Faridah telefon. Datin kata,  dia tak dapat
menghubungi handphone Encik Asyraf. Ayah Encik Asyraf, Datuk jamil mengalami
sesak nafas.”
  
            “Ape?! Sesak nafas!” Hanya itu sahaja yang terkeluar dari mulut Asyraf ketika
 ini. Handphone disisinya diambil. Oh, damn! Bateri habis. Asyraf  kelihatan sangat
 kelam-kabut. Dia cuma mengambil benda-benda yang dikiranya penting sahaja. Dompet
 dan kunci keretanya diambil. Asyraf bergegas keluar tanpa menghiraukan Ayesha
dihadapannya. Di dalam fikirannya sekarang hanya memikirkan perihal ayahnya.
  
            Sampai sahaja Asyraf di halaman rumah, dia terus mematikan enjin kereta sport GT-R keluaran Nissan dan terus bergegas mengatur langkah menaiki anak tangga untuk
masuk ke dalam rumah. Sememangya rumah keluarganya yang satu ini amat besar dan
luas.
  
            “Asyraf... ayah kamu...” Air mata yang cuba dibendung sejak daripada tadi oleh
 ibu Asyraf, akhirnya mengalir juga ke pipi apabila terlihatnya Asyraf dimuka pintu. Ibu
 Asyraf akhirnya jatuh longlai dalam dakapan Asyraf.

            “Ibu.. Ibu..” Asyraf memangil.

            “Mak Limah, ayah saya kat mana..? ayah saya kat mana, mak Limah?!.” Suara
Asyraf ditinggikan apabila tidak mendapat sebarang jawapan dari pembantu rumahnya.
Mata Asyraf sudah kemerahan menahan air mata.
  
            “Err.. sudah pun dihantar ke hospital. Pernafasannya terhenti. Tetapi doktor,
sempat menyelamatkan nyawa datuk Jamil. Sekarang ayah Encik Asyraf ada di Hospital
Medical Specialist.” Jawab Mak  Limah tergagap-gagap, apabila terkejut dengan suara
Asyraf yang agak tinggi.
  
            Lega sedikit hati Asyraf, bila diberitahu ayahnya telah dapat diselamatkan. Dia
kemudian mendukung ibunya untuk dibaringkan didalam bilik tidur ibunya. Sebelum itu,
Asyraf menyuruh Mak Limah untuk menghubungi doktor Fikri supaya datang ke rumah
untuk  merawat  ibunya. Sememangya doktor Fikri adalah doktor keluarga mereka.
  
            Setiba sahaja doktor Fikri dirumah. Asyraf, terus meninggalkan Doktor Fikri 
untuk merawat ibunya dirumah, ditemani Mak Limah. Kunci kereta di keluarkan dari
dalam kocek seluarnya, dan enjin kereta dihidupkan. Setelah itu, Asyraf memecut laju
kereta sportnya supaya cepat sampai ke hospital.
  
            Kenyangnya perut... Akhirnya terisi juga perutnya, setelah dua hari hanya minum
air kosong sahaja. Tidak disangka, pertemuannya dengan si katak itu, berakhir dengan
penemuan seorang Putera. Fuhh..Dah la handsome.. Pocket penuh tu.. Ariel. No telefon
bimbit, 01362805…
  
Srrupp.. Kata-katanya terhenti. Apabila tiba-tiba lopak air dihadapanya dilanggar
oleh sebuah kereta. Habis basah mukanya disirami air lopak yang bercampur air
longkang. Dengan segera Nur bangun dari tempat duduknya di tempat perhentian bas dan
melambai-lambai kereta tadi dengan menunjuk-nunjukkan bajunya yang telah basah
bermandi air longkang, dengan harapan pemandu kereta itu akan turun dan meminta
 maaf. Mana tahu untung nasib dapat duit, pemandu tersebut bayar ganti rugi sebab
 bajunya habis kotor. Huh.. tapi harapan tinggal harapan, apabila kereta tersebut tidak
 berhenti pun. Tetapi terus hilang dari pandangan apabila kereta tersebut membelok ke kiri
 memasuki perkarangan Hospital Medical Specialist.
  
Bodoh betul! Mesti kedekut nak mampus ni. Tengok. Habis baju aku dah kotor.
 Isssh... Malang betul nasib aku hari ni. kalau dah berjumpa dengan si katak tu memang
 akan malanglah nasib aku satu hari ni. Nasib baik Ariel ada. Tetapi itulah, Ariel hendak
 menghantarnya pulang ke rumah, jual mahal sangat. Bebel Nur seorang diri apabila tiba-
 tiba.. Srrupp.. lagi sekali dia disirami oleh lopak air.
  
Ok.. Aku nak balik sekarang! Jerit Nur memecah kesunyian.
  
“Asyraf... ” Tiba-tiba satu suara menerjah gegendang telinga Asyraf apabila
 kedengaran suara seorang perempuan memanggil namanya. Asyraf yang sejak dari tadi
 memerhatikan ayahnya dari luar bilik nombor tiga dimana ayahnya ditempatkan menoleh
 kebelakang dan di hadapannya kini ialah Zara, anak Tan Sri Mustafa. Terkebil-kebil
 matanya memandang Zara.
  
“Hahaha... kenapa you pandang I macam tu. kelakarlah you ni.” Zara berasa geli
hati apabila Asyraf buat muka pelik seperti itu. Seraya itu, Asyraf tergelak dan mengaru-
garukan kepalanya yang tidak gatal. Malu juga dibuatnya.
  
“Tak ada lah. I cuma hairan.. Emm..  Macam mana you  boleh ada kat sini?”
 Asyraf mengajukan soalan. Sambil itu Zara mengajak Asyraf duduk di ruangan
 menunggu yang telah disediakan.
  
“ Ohh.. patut lah muka pelik je.. haha.. Tadi I ada datang rumah you. Saja nak
jumpa dengan family you.. Tapi tak sangka pula, masa I sampai rumah you ada
ambulance. Ingat kan apa. Rupa-rupa ayah you sesak nafas. Tu yang I ikut ayah you kat
sini. I tak bagi ibu you ikut sekali. Biar dia duduk rumah. Sebab dia dah lemah sangat I
tengok tadi..”  Zara memberikan jawapan dengan panjang lebar. Zara dari kecil memang
terkenal dengan perangainya yang sangat ramah. Jadi memang tidak hairanlah kalau
Asyraf sangat senang untuk berkawan rapat dengannya.
  
Asyraf yang mendengar hanya menangguk-anggukkan kepalanya tanda faham.
Tetapi hatinya berasa pelik, macam mana Zara boleh ada di Malaysia. Sedangkan dia
tinggal di Paris. Semua berada dalam fikirannya saat ini. Tetapi  biarlah dia
menanyakan segala-galanya kemudian apabila ada masa yang sesuai.  Sekarang ini, di
dalam hatinya hanya risaukan keadaan ayahnya yang sudah tenat.  Dia sangat takut kalau
dia tidak dapat menunaikan hasrat terakhir ayahnya.

BAB 2

Ohoiiii... Asyraf. Kau ni kan. Mulut.... bikin gua sentap la..  aku bukan  nak
habiskan duit family aku...  Aku Cuma nak rilek-rilek dulu... tenangkan fikiran dulu...
cari awek-awek dulu... kita...” belum sempat Ariel menghabiskan ayatnya yang terakhir.
Asyraf sudah mencelah. Geram juga Ariel dengan si Asyraf ni.
  
“Ah ye.. rilek-rilek dulu.. tenang-tenangkan fikiran dulu.. cari awek-awek dulu..
 pas tu... Kalau, awek-awek tu mengandung.. ayah-ayah dia orang cari lu dulu...” sampuk
 Asyraf, sambil mengikut gaya cakap Ariel.  Saja di buatnya begitu, agar Ariel terasa.
 Bukan tidak dinasihatkan dengan cara baik. Tetapi sudah banyak kali. Tidak mahu
 diikutnya. Sekarang terpaksa lah, Asyraf mengunakan cara sindiran agar Ariel terasa.
  
“Haha... biarlah Asyraf. Siapa suruh tak reti jaga anak. Bukan salah aku la, kalau
 anak dia orang rosak. Tak kan kita nak tolak ikan dah ada depan mata beb!” Jawab Ariel
 selamba, didepan Asyraf. Walaupun dibibir Ariel berkata  begitu, tetapi  jauh disudut
 hatinya dia tidak lah segila dan sekejam itu. Tak kan la aku nak rosakan anak dara orang.
 Biar betul Asyraf ni. Bebel Ariel didalam hati.

 “Yelah Ariel.. suke hati kau ni. Aku pun tak nak buat syarahan kat sini. Ni
 aku nak cakap. Mama kau tu. dah sibuk tanya kat aku, kau kat mana. Aduh.. naik jenuh
 aku bagi alasan. Aku rasa baik kau balik rumah la. Tolong la aku ni. Aku ni dah la
 banyak dosa. Kau nak aku tambah lagi dosa dengan tipu mama kau ke..” Walaupun
 Asyraf sedang bercakap dengan Ariel, jari-jemarinya tetap terus menaip dan wajahnya
 tetap menatap skrin komputer dihadapanya. Berlainan sungguh perangainya dengan
 Ariel, sepupunya sendiri. Perangai Ariel yang pemalas itu. Memang tidak tahu lah,
 perangai siapa yang di ikutnya.
  
“Ape??? Mummy cari aku. Aduh. Apa sih. Nanti aku balik la... kau cakap dengan
 dia... nanti aku balik ye. Sayang kau Asyraf.. ” Belum sempat Asraf menjawab, Ariel
 sudah bangun dan berlari keluar dari pejabatnya. Asyraf, yang dari tadi sibuk
 menyiapkan proposal untuk mendapatkan projek untuk membuat hotel di Kota Impian,
 hanya mampu melihat Ariel keluar dari pejabatnya. Asyraf mengeleng-gelengkan kepala,
 melihat telatah Ariel yang seperti kebudak-budakan, walaupun umurnya sudah masuk 22
 tahun.
  
Fuhh.. selamat aku dapat lari. Kalau tidak... habis lah. Bebel Ariel sambil
 wajahnya tersenyum tanda kelegaan kerana dapat melarikan diri daripada Asyraf. Bukan
 dia tidak mahu balik ke rumah berjumpa dengan mama dan papanya. Tetapi dia berasa
 bosan, apabila mamanya sering kali menimbulkan persoalan untuk bekerja di Syarikat
 Mega Development Sdn Bhd. Bukan dia tidak mahu  untuk membina kerjaya sekarang.
 Tetapi dia masih lagi tidak puas dengan kehidupannya sekarang. Nanti kalau sudah
 bekerja, hidupnya terikat pula dengan kerja yang bertimbun-timbun. Lagi pun, duit
 keluarganya, memang tidak akan habis sehingga tujuh keturunan. Jutawan Malaysia.
 Siapa yang tidak kenal dengan Tan Sri Al-Mansyur pemilik Syarikat Mega Development
 Sdn Bhd. Syarikat pembinaan ternama di Malaysia ini 

Ting.. pintu lift terbuka dan terus mematikan lamunan Ariel. Sekarang ini, mata
 Ariel terpanar dengan seorang gadis yang berada di hadapannya kini. Seorang gadis yang
 memakai baju kurung berwarna merah jambu dengan rambut yang diikatkan ketepi dan
 memegang sebuah fail. Wooo.. cantik...
  
Nur yang berada didalam lift, segera keluar apabila pintu lift terbuka. Sesiapa
 sahaja yang berada di hadapanya sekarang ini tidak akan di ambil peduli. Sekarang ini,
 hatinya rasa sangat gementar untuk ditemuduga. Ya Allah.. bantu lah hambamu ini. Doa
Nur.Jantung aku ni dah macam nak meletup dah saat ni.. 

“Err.. ye cik. Ada apa-apa yang boleh saya bantu.” Tanya Ayesha, bila melihat
Nur seperti mencari sesuatu.
  
“Ah.. ye.. ye..  Nama saya Nur. Saya nak tumpang tanya. Tadi kat bawah saya ada
 nampak iklan mengenai jawatan kosong. Memerlukan pekerja wanita kan? Saya datang
 sini sebab hal tu lah.” Jawab Nur, tergagap-gagap. Takut- takut juga kalau tersilap
 department. Malu dia nanti.
  
“Oh.. memang ada. Sila tunggu sebentar ye.” Ayesha dengan segera memberitahu
 Asyraf dengan menggunakan intercom  yang ada dihadapannya. Sememangya Ayesha
 seorang setiausaha yang cekap. Sama seperti bosnya juga.   

“Errm... Cik, kalau tak keberatan boleh saya tahu kerja apa sebenarya yang
 ditawarkan. Sebab.. dalam iklan tu tak ada mention apa-apa pun.” Tanya Nur.
  
Terlanjur aku lalu dekat sini, ada pula tawaran kerja. Boleh juga aku cuba nasib.
 Sebab memang tujuan dia keluar hari ini untuk mencari kerja. Kerja apa lah yang
 ditawarkan. Iklan di bawah tak ada pula menyatakan apa-apa. Cuma menyatakan syarikat
 Mega ini memerlukan pekerja wanita. Itu sahaja.
  
 Tiba-tiba fikirannye melayang. Macam mana kalau dia ditipu? Buatnya kalau
 dia dijual! Macam mana? Aduh....

 “Encik.. tolong... Janganlah buat saya macam ni. janganlah jual saya encik.. ”
 Rayu Nur, sambil melutut.
  
“Botak. Tunggu apa lagi. Bawak perempuan ni pergi, cepat! Pakaikan dia dress
 warna merah. Lepas tu solek kan dia. Malam ni, Tuan Eric nak dia. ” John diberikan
arahan.
  
“Encik.... Jangan encik... saya merayu...” Nur menarik-narik tangan lelaki yang
 bertubuh sasa dan berkulit hitam dihadapannya, tanda tidak mahu mengikut John pergi.
  
“Itu saya tak dapat nak terangkan. Saya rasa lebih baik cik tanya sendiri dengan
 Encik Asyraf. Sekarang cik boleh masuk. Encik Asyraf sedang tunggu cik kat dalam.
 Err.. cik. Cik Nur..”
  
Panggilan Ayesha mematikan lamunan Nur. “Err.. Ape cik.. ” tanya Nur. apabila
 dia tidak mendengar apa yang dicakapkan oleh Ayesha sebentar tadi.
  
“Cik Nur dah boleh masuk dalam. Encik Asyraf sedang menunggu. Silakan”

“Oh.. terima kasih. ” Nur melangkah masuk ke dalam. Raut wajahnya yang putih
gebu itu sudah merah padam bila teringatkan kelakuanya di depan Ayesha. Yang 
tiba-tiba menjerit tak mahu dijual. Malunye....... Aduh.. hari pertama dah jadi macam ni.
Keluh Nur.
  
Tok..tok.. Nur mengetuk pintu bilik pejabat Asyraf.

“Masuk..! ” Jerit Asyraf dari dalam. Perlahan-lahan Nur membuka pintu. Sekarang yang dilihat di hadapannya sebuah kerusi. Asyraf yang duduk diatas kerusinya itu, menghadap ke dinding membelakangkan
meja pejabatnya. Memang sengaja dibuatnya begitu supaya orang yang ingin ditemuduganya nanti sedikit perasaan takut.

“Em.. Silakan duduk. Sekarang, sila nyatakan profil diri kamu. Semuanya.
 Segala-galanya mengenai diri kamu. Saya tak mahu ada satu pun tertinggal. ” Suara
 Asyraf agak tegas.
  
Eee.. sombong. Bajet bagus! Kalau ye pun nak tahu, pusing la
 kerusi tu menghadap aku. Ni tak! Eh... jap-jap...  Macam pernah dengar je suara dia ni.  

            “Kamu dengar  tak. Saya minta kamu terang kan apa tadi. Jangan lah lembab
 sangat.” Asyraf sudah mula sakit hati. Bila, soalanya tidak dijawab. Dia sememangnya
tidak suka orang yang lembab seperti ini.

            “Ye... Saya dengar. Nama saya, Puteri Nur Aleyah. Boleh panggil saya Nur.
 Umur 24 tahun. Tinggal di Taman Sentosa. Saya anak tunggal. Umi dah lama tak da..
 Cuma tinggal Ayah je. Tapi Ayah selalu outstation. So... dia memang selalu tak ada kat
 rumah. Jadi saya hidup sorang-sorang. Tu saja mengenai diri saya... Encik.... Asyraf.. ”

            “Eh. Hello.... saya bukan nak tahu pasal tu. Kamu ni tak pernah pergi temuduga
 ke? Saya nak tahu pasal latar belakang pelajaran kamu. Yang kamu cerita pasal keluarga
 kamu tu buat ape?!” bentak Asyraf.

            Huh... panas... panasnye hati.... nur merungut. Tetapi oleh kerana dia memang
 amat memerlukan pekerjaan sekarang, mahu tak mahu dia terpaksa juga bersabar dengan
 kerenah lelaki yang berada di hadapannya sekarang ini. Nur yang menarik nafas panjang,
 menjawab juga persoalan Asyraf itu.

            “Saya, belajar sampai SPM je.... En...cik...Asyraf......” jawab Nur sambil
 menunjukkan gaya seperti ingin mencekik Asyraf, bila menghabiskan ayat terakhirnya.
 Dengan tiba-tiba Aysraf memusingkan kerusinya menghadap Nur. Nur yang terperanjat.
 Cuba membuat selamba. Tetapi tiba-tiba dia mula perasankan sesuatu. Dengan serentak
 mereka berdua berkata “engkau...”

            “Oh... Si masuk air rupanya... patut lah lembab je, bila nak jawab soalan aku
 tadi.” Asyraf meraba-raba dagunya sambil melihat Nur atas bawah. Aysraf juga
 tersenyum sinis.

            “Apa masuk-masuk air ha. Kau tu katak puru tak tahu. Patut la aku macam kenal
 Je suara tadi. Suara katak macam mana lah aku tak kenal kan.” Dengan itu juga kedua-
 dua mereka serentak bangun dari tempat duduk masing-masing. Nur mengangkat-
 angkatkan kepalanya memandang Asyraf tanda tidak puas hati. Memang Nur seorang
 yang agak rendah. Tidak seperti Asyraf yang tinggi macam galah.  

            “ Ape?! Katak ye.... Security!!! ” Jerit Asyraf. Nur yang terkejut. Tiba-tiba diheret
 keluar dari pejabat Asyraf apabila telah diberi arahan oleh Asyraf untuk menghalau Nur
 keluar dari pejabatnya.

            Katak ye… katak.. sekarang kau yang jadi katak. Kena campak kat luar. Puas hati
 aku. Bebel Asyraf sambil berjalan kehulu-kehilir untuk sejukkan  hatinya yang sedang
 panas.

            “Eh lepaslah. Lepaskan aku. Tak faham ke. ” Nur meronta-ronta untuk
 dilepaskan. Ariel yang sejak dari tadi berada di bawah menunggu Nur, tiba-tiba nampak
 Nur ditarik seperti itu. Ariel dengan pantas bangun dari tempat duduknya, untuk
 menyelamatkan Nur. Memang sengaja Ariel datang menyelematkan Nur. Dalam kotak
 dikirannya, apabila dia menyelamatkan Nur nanti mesti Nur akan melihat dirinya seperti
 seorang putera yang menyelamatkan puterinya.

            “Lepaskan dia. ” Arah Ariel.

            “Baik Tuan. ” Dengan segera security yang telah diarahkan oleh Asyraf,
 melepaskan Nur apabila sahaja mendapatkan arahan daripada Ariel.  Nur yang
 sememangnya geram dengan Asyraf, nampak security itu seperti bola kecil yang ingin
 disepaknya dengan sepenuh hati agar hilang dari pandangannya.“Cik.. cik tak apa-apa
 ke..” tanya Ariel sambil merenung ke arah Nur, apabila dilihatnya Nur sudah kelihatan
 seperti gunung berapi yang tinggal masa sahaja untuk meledakkan lavanya.

            “Err.. tak de apa-apa. Terima kasih ya.” Jawab Nur. Tetapi walaupun soalan Ariel
sudah dijawabnya, pandangannya masih tertumpu kepada security  yang telah berlalu
pergi meninggalkan mereka berdua. Tetapi sebelum itu, sempat juga Nur mununjukkan
buku limanya kepada security itu. Menandakan ketidak puasan hatinya. Ariel yang sejak 
dari tadi melihat kelakuan Nur, hanya tergelak kecil.
  
            “Hai.. geram lagi ker... sampai saya yang selamatkan dia kat sini pun tak ingin
 dipandangnya...” Ariel tiba-tiba bersuara. Nur yang sejak dari tadi menunjuk-nunjukkan
 buku limanya kepada security yang sudah berlalu pergi dari penglihatannya, terasa
 dengan kata-kata Ariel. Dengan segera Nur melihat Ariel. Dan Nur tiba-tiba...       
           
****
maaf kalau hasil karya saya tidak sebagus mana, saya masih lagi hijau dan mahu belajar. ;)