bab 5


            Masuk hari ini, sudah seminggu Datuk Jamil terlantar di hospital. Datin Faridah
juga sudah sihat dan sudah seminggu juga Asyraf tidak hadir ke pejabat. Oleh kerana itu
juga projek pembinaan apartment di Kota Impian itu terlepas ke tangan syarikat lain.
Tetapi Asyraf tidak mengambil pusing mengenai hal itu, kerana selama ini Syarikat Mega
Devolopment Sdn Bhd sudah mendapat pelbagai projek pembinaan bernilai jutaan
ringgit.
  
            Perbincangannya dengan Ayesha di rumahnya semalam masih tergiang-ngiang di
telinganya. Sudah semalaman dia tidak dapat tidur kerana memikirkan hal ini.
  
            “Ha.. Ayesha. Jemput duduk. Macam mana keadaan di pejabat selama seminggu
saya tak ada? Semuanya berjalan lancar? Belum sempat Ayesha melabuhkan
punggungnya di atas kerusi, dirinya sudah diajui dengan bermacam-macam soalan. Fuh..
memang beginilah perangai Encik Asyraf.
  
            “ Segala urusan syarikat berjalan dengan lancar Encik Asyraf. Cuma.. ramai
perempuan yang datang bertanyakan tawaran kerja yang diiklankan di depan pintu
syarikat.”

            “Perempuan? Oh ye.. baru saya teringat. Habis, apa kamu jawab ayesha?”
  
            “Saya suruh mereka tinggalkan nombor telefon. Nanti kalau  ada apa-apa saya
akan hubungi mereka. Tapi...”
  
            “Tapi apa, Ayesha?.” Tanya Aysraf dengan dahi berkerut-kerut memandang
Ayesha.
  
            “Err... Saya rasa perempuan-perempuan tu tak sesuai la Encik Asyraf. Pakaian dia
orang... Gaya tutur dia orang.. semua kurang menyenangkan. Saya rasa Encik Asyraf
fahamkan maksud saya...?”
  
            “Em... ye lah. Tapi.. kita dah kesentukan masa Ayesha. Macam mana ni.?” Asyraf
cuba meminta pandangan daripada setiausahanya, Ayesha.
  
            “Apa kata, saya cadangkan Cik Nur.” Ayesha cuba mengemukakan cadangan.

            “Nur...?” Asyraf cuba membayangkan perempuan yang dimaksudkan Ayesha.

            “Ye... Nur. Perempuan yang datang untuk ditemuduga minggu lepas.”

            Habis air kopi yang diminum Asyraf tersembur keluar dari mulutnya. Dia
memang terkejut dengan cadangan Ayesha. Mana mungkin dia akan terima si masuk air
itu.  Tetapi sekarang ini, Aysraf sangat kesian melihat Ayesha. Baju kebaya nyonya
berwarna putih yang dipakai oleh Ayesha bertukar menjadi bintik-bintik hitam, dek
kerana air kopi yang tersembur dari mulut Asyraf.
  
            “Asyraf...” Panggilan ibunya, mematikan lamunan Asyraf yang berbaring
dibiliknya. Dia sudah tahu kalau ibunya memanggil, itu maknanya ibunya ingin pergi ke
hospital. Ziarahi ayahnya.
  
            “Ye bu... Asyraf datang ni..” Sahut Asyraf, sebelum mencapai cardigan birunya
dan menyarungkannya ke badan.
  
            Sampai sahaja mereka di hospital, kelihatan Puan Seri Elisa sudah berada di bilik
Datuk Jamil. Ibunya dan Puan Seri Elisa bersalaman. Ariel tidak kelihatan. Sepupunya
seorang ini memang lansung tidak mendengar nasihat.
  
 Tan Sri Al-Mansyur, papa Ariel tidak dapat datang untuk menziarahi ayahnya
hari ini.  Menurut Puan Seri Elisa, Tan Sri Al-Mansyur merangkap pakciknya berada di
US kerana ada mesyuarat berkenaan untuk mengembangkan lagi sayap syarikat Mega
Development ke sana. Sepatutnya, Asyraf yang harus hadir ke mesyuarat tersebut. Tetapi
oleh kerana ayahnya belum sedar lagi, pakciknya yang mengantikan tempat Asyraf.
Kalau nak diharapkan Ariel. Alamatnya, memang melingkuplah Syarikat Mega. 
  
“Idah.. Sabar ye.. Tak lama lagi sedar la abang tu. Tadi ada juga Ely nampak
abang gerak-gerakan jari. Tapi setakat itu sahajalah.” Puan Seri Elisa cuba menasihati
dan memberitahu perkembangan ayah kepada ibuku yang sedang mengambil tempat
untuk duduk disebelahnya.
  
“ Terima kasih Ely.. kalau kau tak da. Tak tahu la macam mana. Ermm.. abang
kau memang ada gerak sikit-sikit. Tetapi macam tu lah. Tak sedar-sedar. Risau juga akak
ni...”
  
Tiba-tiba, ada suara yang kedengaran memanggil-manggil nama ibuku. Suara itu
 datang dari arah ayah ku. Ye. Ayah ku telah sedar. Aku yang baru sahaja ingin duduk
 disebelah Ayah terus membatalkan niat. Tetapi sebaliknya aku terus bergegas keluar
 daripada wad untuk mendapatkan doktor. Ibuku dan makcik bangun dari tempat duduk
 masing-masing dan sekarang ini berdebar-debar melihatkan keadaan ayahku.
  
“Emm.. baguslah. Ayah Encik Asyraf sudah sedarkan diri. Tetapi.. Ayah Encik
 Asyraf harus ditahan untuk beberapa hari lagi. Ini kerana, pihak kami ingin melakukan
 beberapa pemeriksaan lagi, bagi memastikan ayah Encik Asyraf betul-betul sihat untuk
 keluar dari hospital ini. Lagi satu, saya harap agar Datuk Jamil tidak membuat kerja-kerja
 berat. Ini bagi mengelakan diri Datuk Jamil daripada menjadi penat.” Doktor Steven
 memberikan penjelasan, setelah membuat pemeriksaan terhadap ayahnya. Sememangya
 Doktor Steven, ialah seorang doktor yang amat mengambil berat mengenai pesakitnya.
  
Sebelum Doktor Steven keluar dari bilik ayahnya ditempatkan, sempat dia
 menepuk-nepuk ke bahu Asyraf. Asyraf, hanya tersenyum kelegaan memandang Doktor
 Steven kerana keadaan ayahnya sudah bertambah pulih.
  
Puan Seri Elisa yang berada di samping Asyraf sejak daripada tadi untuk
mendengar perkembangan abangya menarik tangan Asyraf untuk merapati katil Datuk
Jamil. Aysraf yang teragak-agak, hanya mengikuti. Sekarang kelihatan ayahnya
memandang lemah kepada Asyraf. Sayu hatinya, melihatkan keadaan ayahnya.
Sememangya penyakit asma ini tidak boleh dibuat main. Kalau tidak kerana inhaler
ayahnya tertinggal di rumah pakciknya, Tan Sri Al-Mansyur, mesti perkara ini tidak akan
berlaku. Tetapi, apabila di imbas kembali. Penyakit semput yang di alami oleh ayahnya
sejak kebelakangan ini memang sudah semakin menjadi-jadi.
  
Ayahnya juga seorang yang degil. Tidak mahunya dia duduk diam di rumah.
Hendak berkebun la, itu la, ini la. naik pening kepala Asyraf dibuatnya. Nanti apabila
dilarang. Merajuk pula.   
  
“Ayah... Ayah rehat ya... nanti, kalau ayah dah betul-betul sihat... ayah boleh
balik rumah...” Asyraf tiba-tiba bersuara. Ayahnya, yang terlalu letih tidak mampu lagi
untuk bersuara tetapi sebaliknya hanya mengerdipkan matanya tanda memahami apa
yang dicakapkan oleh Aysraf.
  
Asyraf yang faham dengan isyarat ayahnya, hanya menanggukan kepalanya.
Ibunya, masih lagi berada disisi ayahnya. Mengusap lembut rambut ayahnya. Ibunya
memang sangat menyayangi ayahnya. Kasih sayang mereka berdua juga semakin
bertambah dengan bertambahnya umur mereka berdua. Bukan seperti sesetengah
pasangan, yang semakin bertambah umur, semakin kurang kasih sayang mereka terhadap
pasangan mereka.
  
“Idah... Ely balik dulu ye... lagi pun petang ni, Ely ada perjumpaan dengan ahli
persatuan kaum ibu di balai raya.. Nak bincangkan mengenai aktiviti membuat gelang
daripada manik.” Makciknya bersuara. Meminta izin untuk pulang. Sememangya
makciknya seseorang yang aktif dalam melibatkan diri di dalam aktiviti kemasyarakatan
seperti itu.  
  
“Yelah, Ely... lagi pun abang kau ni pun dah sedar. Lega sikit hati akak ni. ”
Jawab Datin Faridah sambil memandang ke arah adik iparnya Datin Elisa.

****
maaf kalau hasil karya saya tidak sebagus mana. saya masih lagi hijau dan masih lagi mahu belajar. ;)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan