salahkah kalau kita berdiam diri?
dari masa ke semasa, banyak sahaja orang yang akan menilai diri kita walaupun tanpa dipinta.
-mulut orang tidak akan dapat ditutup-
jadi kita tidak boleh mempersalahkan mereka.
kerana itu adalah hak mereka untuk memberikan pendapat. ;)
SOMBONG!
itulah kata-kata yang akan dilemparkan untuk orang yang tergolong dalam kategori pendiam.
entah kenapa. mungkin sejak daripada azali, orang pendiam ini akan dikaitkan dengan perangai yang sombong.
Dari Abdullah bin 'Amr R. A,Rasullullah s.a.w. bersabda: "Sampaikan pesanku biarpun satu ayat... "Diam bukan bermakna sombong!! ;)
tetapi lebih teruk lagi, apabila orang yang dianggapnya "sombong" ini akan dipulaukan. mungkin tak semua akan mengalami situasi yang sama. tapi kebanyakkannya akan berada dalam kondisi yang serupa.
betapa kasihannya mereka ini, apabila disisihkan. kepada orang yang suka menilai tanpa mengenali hati budi orang yang dinilai, tidak kah kalian berasa bersalah. ataupun perangai kalian ini telah sebati didalam jiwa sehingga tidak dapat diubah lagi?
orang yang lebih suka mendiamkan diri, tidak semestinya bodoh dan orang yang banyak berkata-kata itu tidak semestinya pandai.
pernahkah kalian terfikir, mendiamkan diri itu lebih baik sekiranya setiap perkataan yang kita tuturkan akan menyinggung perasaan orang lain?
cuba anda bayangkan, anda berada didalam satu group yang memang sedang rancak berbual. pelbagai perkara diperkatakan. gurau senda menjadi keutamaan yang pasti. tetapi, mungkin perkara yang anda rasakan gurauan itu secara tidak lansung menyinggung perasaan dan hati salah seorang daripada rakan anda tetapi rakan anda hanya menyimpannya didalam hati. tidak berdosakah anda?
situasi diatas hanyalah sebagai contoh. berbual itu perlu, tetapi biarlah kepada perkara yang berfaedah. ;)
"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". (Riwayat Abu Naim)
HIKMAH "DIAM"
1. Sebagai Ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4.Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.
berdasarkan apa yang saya coretkan, saya rasa berdiam itu adalah perkara yang paling terbaik dalam pelbagai perkara. ;)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan