bab 4

          Sampai sahaja dibilik, Ariel terus merebahkan dirinya diatas tilam yang empuk.
Lega rasanya apabila dapat merehatkan badannya yang penat akibat seharian berjumpa
dengan  Lily. Melayan kerenah Lily yang sememangnya manja dan kuat merajuk itu,
membuatkan Ariel rimas. Kemana sahaja Ariel pergi ingin diekorinya.
  
            Tetapi, sebelum Ariel keluar dengan Lily. Pertemuan dirinya dengan Nur memang
 tidak akan dapat dilupakan. Nur sememangya seorang gadis yang sangat kelakar.

            Wajah Nur digerakkan ke hadapan agar rapat  kepada Ariel dengan melindungi
mukanya dengan buku menu yang disediakan . Sengaja dibuat begitu agar pelayan
restaurant makanan Itali itu tidak mendengar apa yang hendak dicakapkan dengan Ariel.
  
“Err.. makanan kat sini mahal-mahal lah.. kenapa kita tak makan dekat kedai
biasa je” Hati Nur sudah mula  resah sejak berada di depan pintu restaurant tadi. Manalah dia
mampu untuk makan di tempat mewah seperti ini. Kalau setakat makan di kedai mamak
boleh lah.. kalau tidak sia-sia sahajalah dia hanya minum air kosong selama dua hari ini
kerana ingin berjimat. 
  
“Tak pe.. kali ni saya belanja Nur. ” Jawab Ariel dengan keadaan berbisik sama
seperti Nur. Daripada raut wajah Nur, dia sudah dapat membaca, yang Nur tidak mampu
untuk membayar makanan disitu.
  
            Telefon bimbit Ariel tiba-tiba sahaja berbunyi. Mati segala lamunananya terhadap
 perbualan antara dia dengan Nur. Diambil telefon bimbitnya, dan kelihatan nama Lily
 tertera. Ariel membiarkan sahaja telefon bimbitnya berbunyi. Malas rasanya mahu
 melayan anak manja itu. Saat ini, wajah Nur sudah mula untuk memenuhi ruangan minda
 Ariel.

            Sejurus sahaja sampai di rumah, Nur menyalakan semua lampu yang berada di
dalam rumahnya agar jelas sedikit pandangannya. Memang agak lewat dia sampai di
rumah hari ini. Oleh kerana sebab mahu berjimat, Nur sanggup berjalan kaki untuk balik
ke rumahnya. Kalau hari-hari macam ni, memang aku tidak akan ada lemak lagi lah
dalam badan.
  
Tiba-tiba Nur terbau sesuatu. Dengan cepat Nur melihat bajunya. Heee.. Habis
baju aku. Busuk pula tu. Ini semua sebab kereta sport tu. Kalau dia tidak melanggar lopak
air. Mesti tak akan jadi macam ni. Rungut Nur sambil berjalan ke arah bilik air untuk
membasuh baju kurungnya yang berwarna merah jambu itu yang telah bertukar kepada
warna kecoklatan.
  
“Err.. Mak Limah.. Mak Limah..” Datin Faridah bersuara lemah memanggil
pembantu rumahnya. Dia cuba untuk bangun dari posisinya yang sedang berbaring.
Tetapi dia tidak mampu. Pandangannya saat ini, berpinar-pinar. Datin Faridah rebah
kembali.
  
Mak Limah yang baru sahaja masuk ke dalam bilik Datin Faridah, terus
mendapatkan Darin Faridah apabila dilihatnya Datin Faridah sudah mula sedar.

            “Syukurlah.. Datin dah sedar. Lega rasanya hati saya ni... datin.”
  
“Mak Limah.. Kenapa tak sahut saya panggil tadi.. Datuk Jamil macam mana.
Saya nak pergi hospital, nak temankan suami saya.” Datin Faridah cuba lagi sekali untuk
bangun, tetapi dia tetap tidak berdaya. Tenaganya seakan sudah hilang semuanya.
  
“Eh.. Datin jangan bangun. Datin rehat je. Datuk dalam keadaan stabil dah
sekarang. Asyraf ada temankan Datuk Jamil kat hospital. Datin tak perlulah risau.” Mak
Limah memberikan jawapan. Harapnya, kerisauan Datin Faridah akan berkurangan.
  
Datin faridah kelihatan agak tenang. Dia kemudian kembali memejamkan
matanya. Akhirnya dia terlena kembali. Mak Limah yang berada disisi datin, beransur
keluar dari bilik. Kerana, ingin menyiapkan segala kerjanya yang tertangguh didapur.
  
“Mak Limah.. ” Panggil Asyraf, apabila kelihatan Mak Limah baru sahaja turun
dari tingkat atas rumahnya. Jelas kelihatan, Mak Limah sangat terkejut. Mana tidaknya,
Asyraf yang baru sahaja balik dari hospital tiba-tiba sahaja terpacul dimuka pintu rumah.
Tanpa memberi salam.
  
“Err.. Encik Asyraf rupanya. Mak Limah ingat siapa tadi. Terkejut Mak Limah. ”

“Ibu saya macam mana Mak Limah? Dah sedar? Ayah masih lagi tidak sedarkan
diri. Walaupun keadaanya stabil. ”  Mata Asyraf kelihatan sangat kuyu. Asyraf kelihatan
sangat letih sehinggakan kakinya juga seperti tidak larat untuk meniti anak tangga untuk
sampai ke ruang atas. 
  
“Baru sebentar tadi Datin Faridah sedar. Tetapi, Datin dah tertidur balik. Mungkin
letih benar agaknya. ” Jawab Mak Limah sambil anak matanya mengekori Asyraf yang
sedang meniti tangga untuk naik ke tingkat atas.

Saat ini Asyraf seperti dengar tidak dengar sahaja apa yang dituturkan oleh Mak Limah.                  Apabila sampai sahaja di tingkat atas, bilik ibunya yang disinggah dahulu. Di bukanya pintu bilik               ibunya perlahan-lahan. Takut-takut ibunya akan tersedar daripada tidur. Asyraf kemudian                   mengatur langkah dengan cermat sehingga sampai disisi ibunya. Kepala ibunya diusap                                dan direnung ibunya dengan penuh kasih sayang. Ibu... Asyraf
takut. Asyraf takut tidak dapat penuhi permintaan ayah. Bisik Asyraf perlahan. Asyraf
meraup wajahnya.
  
Sebelum Asyraf masuk kebilik tidurnya sendiri, dahi ibunya dikucup dan selimut
ibunya juga dibetulkan. Saat ini dia ingin melelapkan mata, dan merehatkan tubuhnya.
Tanpa menukar baju kemeja birunya, Asyraf terus terlena di atas katil empuknya.

****
maaf kalau hasil karya saya tidak sebagus mana. saya masih lagi hijau dan mahu belajar. ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan