untuk meningkatkan traffic di blog, nama blog perlulah diambil kira. bagi penulis blog yang menulis atas dasar suka seperti saya, tidak pernah kesah mengenai kepentingan nama blog.
sebelum nama blog saya ditukar kepada http://ssdsini.blogspot.com/ traffic diblog saya agak ok. ramai jugak pengunjung. mungkin juga dulu sebab saya ada meletakkan tutorial di blog itu. ;)
saya menukar nama blog lama adalah kerana beberapa faktor yang tak dapat dielakkan. bukan tak sayang, tapi penukaran itu adalah lebih baik.
berbalik kepada nama blog yang bagus. bagi penulis blog yang ingin mencari pendapatan sampingan, nama blog itu mungkin adalah keutamaan yang pasti. bagi penulis seperti ini harus meletakan "goal" mereka. perancangan awal juga harus dibuat.
sebagai contoh, sekiranya blog yang anda buat adalah untuk meletakan tutorial mengenai mengedit blog. nama yang sesuai untuk blog ini adalah, http://blogtutorial.blogspot.com.
ini hanyalah sebagai contoh. mungkin juga blog anda adalah tertumpu kepada resepi. nama blog yang sesuai adalah http://resepibest.blogspot.com.
pemilihan nama untuk blog ini adalah penting kerana ianya akan lebih memudahkan pengguna web untuk menjumpai blog anda apabila dicari. =) jadi, ini akan membawa kepada peningkatan traffic diblog anda sendiri... ianya mudah kan....... ;)
****
bukan nama blog sahaja memainkan peranan, tetapi intipati di dalam blog itu sendiri adalah penyumbang terbesar kepada peningkatan traffic diblog.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan