bab 3

           Wahhhh... Mata Nur tiba-tiba bercahaya. Hatinya mula berbunga-bunga. Bila
melihatkan lelaki didepannya kini. Seorang lelaki yang tinggi, berbadan tegap, dan
mengenakan sepasang kot dibadannya. Lelaki itu juga mempunyai sepasang mata yang
berwarna grey. “Wow. Handsome nyer...” Diluar kesedaran, Nur tiba-tiba bersuara.
  
            Ariel yang terpinga-pinga, seakan tidak percaya apa yang didengarnya sebentar
 tadi, tergelak besar melihatkan perlakuan gadis di depannya.

            Suara Ariel yang tergelak mematikan lamunan Nur. Sememangya dia tidak sedar
 apa yang telah dicakapkannya sebentar tadi. Kedua gengaman tangan Nur yang berada di
 kedua-dua pipinya segera diturunkan. Nur cuba melemparkan senyuman yang semanis
 mungkin.

            “Emm.. cik...” seraya itu Ariel menunjukan ibu jarinya kepada Nur, mengharap
 Nur akan memperkenalkan dirinya.

            “Oh.. Puteri Nur Aleyah. Panggil Nur je.

            “Puteri Nur Aleyah... Sedap nama tu. patut la wajah dia pun macam puteri.. Oh
ye. Nama saya Shahril Ariel. Panggil sahaja Ariel.” Jawab Ariel sambil memandang tepat
ke wajah Nur. Nur hanya menanguk-angukkan kepalanya, menandakan dia setuju untuk
mengunakan nama Ariel sebagai nama panggilan.


            “Em.. kalau Nur tak sibuk. Kita Lunch jom. Sekarang pun dah pukul satu.”
 Pancing Ariel, sambil melihat jam di tangannya.

            Nur yang sememangnya sudah 2 hari hanya minum air kosong tanpa menjamah
 sebarang makanan, mula meraba-raba perutnya apabila Ariel mengajaknya untuk makan
 tengah hari bersama. Tiba-tiba ada satu  irama keluar. Perut Nur tiba-tiba berbunyi. Nur
 yang sejak dari tadi memegang perutnya, dengan segera menurunkan tanggannya dan
 letakkan kesisi badannya.

            Terbeliak mata Ariel bila mendengarkan bunyi yang tidak disangka-sangka.
 Ariel yang melihat Nur tertunduk malu dek kerana bunyi tersebut, segera mencapai
 tangan Nur dan menariknya berlalu pergi dari Syarikat Mega Development Sdn Bhd. Nur
 yang terpinga-pinga dengan tindakan Ariel, membiarkan sahaja Ariel menarik dirinya
 pergi. Di dalam hati aku sekarang, sudah ada taman. Bicara Nur dalam hati, sambil
 memandang tangan Ariel yang mengengam jari-jemarinya.
            
Tok..tok.. ketukan di pintu menggangu penumpuan Asyraf terhadap kerja. Tetapi
 memang semenjak daripada tadi dia tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap
 proposal yang sedang dibuatnya. Gara-gara si masuk air itu. Habis hilang semua mood
 dia hari ini. Tok.. tok.. ketukan di pintu kedengaran lagi, apabila Asyraf tidak
 memberikan apa-apa respond. “Masuk...!” Jerit Asyraf dari dalam bilik pejabatnya.

            Pintu dibuka dan Ayesha, setiausahanya pantas melangkahkan kaki masuk ke
dalam. “ Encik Asyraf, baru sebentar tadi Datin Faridah telefon. Datin kata,  dia tak dapat
menghubungi handphone Encik Asyraf. Ayah Encik Asyraf, Datuk jamil mengalami
sesak nafas.”
  
            “Ape?! Sesak nafas!” Hanya itu sahaja yang terkeluar dari mulut Asyraf ketika
 ini. Handphone disisinya diambil. Oh, damn! Bateri habis. Asyraf  kelihatan sangat
 kelam-kabut. Dia cuma mengambil benda-benda yang dikiranya penting sahaja. Dompet
 dan kunci keretanya diambil. Asyraf bergegas keluar tanpa menghiraukan Ayesha
dihadapannya. Di dalam fikirannya sekarang hanya memikirkan perihal ayahnya.
  
            Sampai sahaja Asyraf di halaman rumah, dia terus mematikan enjin kereta sport GT-R keluaran Nissan dan terus bergegas mengatur langkah menaiki anak tangga untuk
masuk ke dalam rumah. Sememangya rumah keluarganya yang satu ini amat besar dan
luas.
  
            “Asyraf... ayah kamu...” Air mata yang cuba dibendung sejak daripada tadi oleh
 ibu Asyraf, akhirnya mengalir juga ke pipi apabila terlihatnya Asyraf dimuka pintu. Ibu
 Asyraf akhirnya jatuh longlai dalam dakapan Asyraf.

            “Ibu.. Ibu..” Asyraf memangil.

            “Mak Limah, ayah saya kat mana..? ayah saya kat mana, mak Limah?!.” Suara
Asyraf ditinggikan apabila tidak mendapat sebarang jawapan dari pembantu rumahnya.
Mata Asyraf sudah kemerahan menahan air mata.
  
            “Err.. sudah pun dihantar ke hospital. Pernafasannya terhenti. Tetapi doktor,
sempat menyelamatkan nyawa datuk Jamil. Sekarang ayah Encik Asyraf ada di Hospital
Medical Specialist.” Jawab Mak  Limah tergagap-gagap, apabila terkejut dengan suara
Asyraf yang agak tinggi.
  
            Lega sedikit hati Asyraf, bila diberitahu ayahnya telah dapat diselamatkan. Dia
kemudian mendukung ibunya untuk dibaringkan didalam bilik tidur ibunya. Sebelum itu,
Asyraf menyuruh Mak Limah untuk menghubungi doktor Fikri supaya datang ke rumah
untuk  merawat  ibunya. Sememangya doktor Fikri adalah doktor keluarga mereka.
  
            Setiba sahaja doktor Fikri dirumah. Asyraf, terus meninggalkan Doktor Fikri 
untuk merawat ibunya dirumah, ditemani Mak Limah. Kunci kereta di keluarkan dari
dalam kocek seluarnya, dan enjin kereta dihidupkan. Setelah itu, Asyraf memecut laju
kereta sportnya supaya cepat sampai ke hospital.
  
            Kenyangnya perut... Akhirnya terisi juga perutnya, setelah dua hari hanya minum
air kosong sahaja. Tidak disangka, pertemuannya dengan si katak itu, berakhir dengan
penemuan seorang Putera. Fuhh..Dah la handsome.. Pocket penuh tu.. Ariel. No telefon
bimbit, 01362805…
  
Srrupp.. Kata-katanya terhenti. Apabila tiba-tiba lopak air dihadapanya dilanggar
oleh sebuah kereta. Habis basah mukanya disirami air lopak yang bercampur air
longkang. Dengan segera Nur bangun dari tempat duduknya di tempat perhentian bas dan
melambai-lambai kereta tadi dengan menunjuk-nunjukkan bajunya yang telah basah
bermandi air longkang, dengan harapan pemandu kereta itu akan turun dan meminta
 maaf. Mana tahu untung nasib dapat duit, pemandu tersebut bayar ganti rugi sebab
 bajunya habis kotor. Huh.. tapi harapan tinggal harapan, apabila kereta tersebut tidak
 berhenti pun. Tetapi terus hilang dari pandangan apabila kereta tersebut membelok ke kiri
 memasuki perkarangan Hospital Medical Specialist.
  
Bodoh betul! Mesti kedekut nak mampus ni. Tengok. Habis baju aku dah kotor.
 Isssh... Malang betul nasib aku hari ni. kalau dah berjumpa dengan si katak tu memang
 akan malanglah nasib aku satu hari ni. Nasib baik Ariel ada. Tetapi itulah, Ariel hendak
 menghantarnya pulang ke rumah, jual mahal sangat. Bebel Nur seorang diri apabila tiba-
 tiba.. Srrupp.. lagi sekali dia disirami oleh lopak air.
  
Ok.. Aku nak balik sekarang! Jerit Nur memecah kesunyian.
  
“Asyraf... ” Tiba-tiba satu suara menerjah gegendang telinga Asyraf apabila
 kedengaran suara seorang perempuan memanggil namanya. Asyraf yang sejak dari tadi
 memerhatikan ayahnya dari luar bilik nombor tiga dimana ayahnya ditempatkan menoleh
 kebelakang dan di hadapannya kini ialah Zara, anak Tan Sri Mustafa. Terkebil-kebil
 matanya memandang Zara.
  
“Hahaha... kenapa you pandang I macam tu. kelakarlah you ni.” Zara berasa geli
hati apabila Asyraf buat muka pelik seperti itu. Seraya itu, Asyraf tergelak dan mengaru-
garukan kepalanya yang tidak gatal. Malu juga dibuatnya.
  
“Tak ada lah. I cuma hairan.. Emm..  Macam mana you  boleh ada kat sini?”
 Asyraf mengajukan soalan. Sambil itu Zara mengajak Asyraf duduk di ruangan
 menunggu yang telah disediakan.
  
“ Ohh.. patut lah muka pelik je.. haha.. Tadi I ada datang rumah you. Saja nak
jumpa dengan family you.. Tapi tak sangka pula, masa I sampai rumah you ada
ambulance. Ingat kan apa. Rupa-rupa ayah you sesak nafas. Tu yang I ikut ayah you kat
sini. I tak bagi ibu you ikut sekali. Biar dia duduk rumah. Sebab dia dah lemah sangat I
tengok tadi..”  Zara memberikan jawapan dengan panjang lebar. Zara dari kecil memang
terkenal dengan perangainya yang sangat ramah. Jadi memang tidak hairanlah kalau
Asyraf sangat senang untuk berkawan rapat dengannya.
  
Asyraf yang mendengar hanya menangguk-anggukkan kepalanya tanda faham.
Tetapi hatinya berasa pelik, macam mana Zara boleh ada di Malaysia. Sedangkan dia
tinggal di Paris. Semua berada dalam fikirannya saat ini. Tetapi  biarlah dia
menanyakan segala-galanya kemudian apabila ada masa yang sesuai.  Sekarang ini, di
dalam hatinya hanya risaukan keadaan ayahnya yang sudah tenat.  Dia sangat takut kalau
dia tidak dapat menunaikan hasrat terakhir ayahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan