bab 7

Dua minggu sudah berlalu, Nur kini sudah pun mendapatkan perkerjaan. Tetap di
kedai makan, dan tugasnya juga tetap tidak berubah. Iaitu, pembuat air. Memang
ditakdirkan dirinya hanya untuk menjadi sebagai seorang pembuat air sahaja agaknya.
Inilah akibat sebab dia tidak bersekolah. Apabila diingat perbualannya dengan Aysraf,
membuatkan dia tersenyum sendiri. Kelulusan sampai SPM. Walhal, sekolah rendah pun
tak habis! 

Walaupun begitu, sekarang ini dia berasa amat berpuas hati, gaji yang diberi tidak kurang
lumayannya. Tidak seperti di kedai pak Leman. Dah la, gaji murah. Selalu pula kena
marah. Rimas dibuatnya. Bagi dirinya, nama kedai makan ditempatnya bekerja sekarang
ini agak istimewa, iaitu Restaurant Seri Menanti. Agak-agaknya apalah yang dinanti-
nantikan oleh restaurant ini. Entahlah.
Em, baiklah kali ini aku berazam, aku akan bekerja bersungguh-sungguh.

Walaupun hanya sebagai pembuat air. Tidak ingin diulangi perangai lamanya yang suka
sangat mengusha lelaki-lelaki yang dianggapnya kaya yang singgah makan disitu. Cukup
lah sekali, dia mengikat perut dek kerana duit simpananya hampir habis kerana
diberhentikan kerja. Memang serik dibuatnya.

“Nur!! Jus tembikai laici satu!!” Jerit Zarif. Nur yang mengelamun di dapur
sambil memegang sudu, hampir terlepas dari tanganya apabila mendengar jeritan
daripada Zarif. Zarif ini pun, bekerja di Restaurant Seri Menanti ini. Cuma tugasnya
adalah mengambil pesanan dan menghantar pesanan yang telah siap kepada pelanggan.
Dia memang seorang lelaki yang amat ramah dan ringan tulang. Belum sampai dua hari
Nur bekerja di Restaurant Seri Menanti ini, dia memang sudah agak rapat dengan Zarif.

“Ya... tunggu sekejap!!! ” Nur memberikan jawapan tanda dia mendengar arahan
Zarif. Dengan pantas Nur mengambil buah tembikai yang memang sudah siap dipotong
didalam peti ais dan memasukkannya ke dalam tempat pengisar buah-buahan.

Diambilnya ketulan ais yang telah dipecahkan dan, dimasukkannya ke dalam tempat
pengisar tadi. Tidak dilupakan juga sedikit air. Setelah campuran tadi siap dikisar.
Dimasukkannya ke dalam gelas dan dicampurkan dengan buah laici segera yang telah
siap diproses didalam tin. 

“ Jus siap! ” Jerit Nur. Zarif yang mendengar, tanpa melengahkan masa terus
mendapatkan jus tembikai laici yang telah siap untuk dihantarkan kepada pelanggan.

Tanpa disedari oleh Nur. Rupa-rupanya ada sepasang mata yang memerhatikan
gelagat Nur daripada tadi. Ya. Dia ialah Encik farouk. Pemilik Restaurant Seri Menanti
ini. Dia merupakan seorang duda dan mempunyai seorang anak lelaki. Menurut Zarif,
Encik Farouk telah bercerai dengan isterinya. Penyebab utama perhubungan mereka
suami isteri dilambung badai kerana, Encik Farouk telah menjalinkan hubungan sulit
dengan sepupu isterinya sendiri. Menurut Zarif lagi, sepupu bekas isteri Encik Farouk
juga pernah mengandung. Tetapi Encik Farouk menyuruh agar kandungan itu
digugurkan. Dasyat sungguh perangai Encik Farouk ini rupanya. Tetapi, Nur tidak juga
mempercayai kata-kata Zarif seratus peratus. Ini kerana dia masih lagi baru bekerja
disitu. Dan dia tidak mahu membuat apa-apa kesimpulan dan andaian lagi mengenai bos
barunya itu.

Encik Farouk yang sememangnya daripada tadi memerhatikan Nur, mengaturkan
langkah untuk mendekati Nur yang sedang sibuk membancuh minuman yang telah
dipesan oleh pelanggan. Sememangnya malam ini, ramai sungguh orang yang singgah
makan di Restaurant Seri Menanti ini.

“Nur... Lepas kerja ni. Nur balik dengan siapa? Lagipun malam-malam macam ni
bahaya tau kalau perempuan jalan sorang-sorang... ” Encik Farouk mengutarakan
pertanyaan. Nur yang sedang sibuk dengan tugasnya berhenti seketika dan memandang
ke arah bosnya, Encik Farouk. 

“Oh.. Encik Farouk... Ermm... Macam biasalah. Jalan kaki je. Lagi pun siapalah
yang nak jemput saya ni Encik Farouk.. Pakwe pun tak da tau.. hehe..”
“hahaha… apa la kamu ni Nur. Kalau saya hantar kamu balik macam mana? ”

“Err.. tak apalah Encik Farouk. Lagi pun rumah saya dekat-dekat sini je” Jawab
Nur, memberikan alasan. Walaupun sebenarnya rumah dia agak jauh dari kedai makan
ini. Meremang bulu romanya apabila melihat rupa gatal bosnya itu. Umur sudah masuk
lima puluh tahun. Ada hati mahu mengurat aku. Eee.. tolonglah… Tanpa disedari, Nur
tiba-tiba mencebirkan bibirnya. Encik Farouk yang melihatkan gelagat Nur hanya
tersenyum dan berlalu pergi ke kaunter bayaran. Baginya, untuk memikat perempuan
seperti Nur kita mesti mengambil langkah satu demi satu. Dengan penuh berhati-hati.
Bak kata pepatah, kalau ingin menarik rambut didalam tepung haruslah berhati-hati. Agar
rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak.

“Wuit. Apa bos kita tu nak...” Soal Zarif, sewaktu dia ingin mengambil pesanan
mee gorang yang telah siap dimasak.
“Tak ada apa-apalah... Dia cuma nak hantarkan aku balik rumah. Itu je...”

“hah! Biar betul. Habislah... ulat bulu... dah... naik... daun... Hahaha...” Belum
sempat Nur membalas kata-kata Zarif, dia sudah pun berlari- lari anak ke depan untuk
menghantar pesanan mee goreng yang dipegangnya sejak daripada tadi. Memang dasar
internet bergerak. Dengus Nur. 

Tan Sri Mansur yang sejak daripada tadi duduk dihadapan television menonton
siaran berita di TV3 masih lagi setia di tempat duduknya, walaupun siaran berita itu
sudah pun tamat. Sekarang ini tontonannya beralih pula kepada siaran majalah tiga.

Memang dia amat menyukai informasi yang terdapat dalam rancangan majalah tiga ini.
Baginya, segala informasi yang diberikan kepada penonton amat berguna dan terkini untuk
tontonan seisi keluarga. 

Seisi keluarga? Baginya tiada istilah keluarga dalam kamus hidupnya. Sekarang
ini yang dia ada, cumalah isterinya yang tercinta. Anaknya, Ariel. Selain duduk
bersenang-lenang dan keluar berfoya-foya dengan gadis-gadis di pub, apalagi yang dia
tahu buat. Kalau setakat ijazah yang dimiliki olehnya dalam bidang perniagaan
hanya untuk disimpan di dalam laci dibiliknya, lebih baik Tan Sri Al-Mansyur tidak perlu
bersusah-payah untuk menghantarnya belajar hingga Universiti Meiji di Jepun. Memang
anak yang tidak berguna dan tidak boleh diharap. Rungut Tan Sri Mansur.
“Apa yang dibebelkan sorang-sorang tu bang...” Tiba-tiba Puan Seri bertanya.
Entah sejak bila isterinya berada di belakangnya pun tidak di ketahuinya.

“Tak ada apalah sayang...“ Jawab Tan Seri Al-Mansyur sambil menarik tangan
isterinya agar isterinya duduk disebelahnya. Puan Seri Elisa hanya menurut. Dia
sememangya amat bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang begitu menyayangi
dan memahami dirinya. Walaupun mereka kadang-kadang jarang berjumpa atas alasan
suaminya yang sibuk bekerja, tetapi rumahtangga mereka tetap utuh hingga ke hari ini.
Hanya satu sahaja kata kunci yang dipegang oleh mereka hingga ke hari ini, iaitu
kepercayaan. Sekiranya rasa kepercayaan terhadap pasangan kita dapat dipupuk, maka
perasaan kesetiaan itu juga akan timbul tanpa dipinta.

“Habis tu... yang saya nampak abang cakap sorang-sorang tu apa... Em. Abang...
apa la nak jadi dengan anak kita seorang tu. Risau saya dibuatnya. Hubungi saya pun tak
ada. Saya ni, bukannya tak cuba nak hubungi anak kita tu, tapi nombor telefon bimbitnya
selalu sangat bertukar-tukar... Abang ada tahu apa-apa tak pasal anak kita tu...?” Tanya
Puan Seri Elisa, ingin mencungkil rahsia. Mana tahu, kalau suaminya tahu apa-apa.

“Err.. tak... tak tahu apa-apa pun. Eh awak ni, dia tu anak awak. Awak la yang
sepatutnya lebih tahu.” Jawab Tan Seri Al-Mansyur, berdalih. Bukan dia tidak tahu
perkembangan anaknya itu. Dia sememangnya sudah menyuruh orang mengintip gerak-
geri anak lelakinya seorang itu. Cuma dia tidak mahu, isterinya menjadi lebih risau, kalau
dia mengetahui perangai anaknya yang selalu masuk ke pusat-pusat hiburan dan berfoya-
foya dengan anak dara orang diluar sana. Sekiranya isteri dia mengetahui perkara
tersebut, alamatnya memang perang dunia akan berlakulah antara isterinya dan anaknya.

“Awak saya nak pergi tandas kejap.” Tan Seri Al-Mansyur cuba untuk lari dari
isterinya seorang ini. Kalau lagi lama dia duduk disini, maknanya bermacam-macam
soalan lagilah yang akan ditanya oleh isterinya berkenaan Ariel. 

“Tengok tu... kalau orang nak bincang dengan dia. Ada je alasan dia.“ Puan Seri
Elisa seakan-akan merajuk dengan perangai suaminya itu. Tetapi, kalau dia merajuk
macam mana sekalipun, bukannya suami dia itu ingin memujuk dirinya. Akhirnya nanti
dia juga yang akan beralah dengan suaminya itu. Memang beginilah jadinya, kalau hati
sudah sayang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan