bab 1

          Duit. Duit. Duit. Cakap Nur sendirian yang sedang berbaring diatas sofa, dengan 
kaki kananya di letakkan di atas tempat bersandar dan kaki kirinya dibiarkan lurus diatas 
sofa. Dalam kepalanya kini ligat berfikir cara untuk mencari duit. Sememangya dia tidak 
boleh duduk diam pada waktu-waktu seperti ini. Uminya yang telah meninggal dunia 
sewaktu dia di sekolah rendah akibat dari kemalangan telah mengakibatkan ayahnya 
hilang arah tuju. Dan semenjak daripada kejadian itulah, apabila ayahnya teringatkan 
arwah uminya dia akan mengambil minuman keras untuk melupakannya. Oleh kerana itu 
juga, ayahnya telah ketagih dengan minuman tersebut. 
          
          Seingat dirinya, ayahnya mempunyai sebuah syarikat iaitu syarikat yang 
menjalankan perniagaan menjual aksesori komputer. Tetapi, syarikat ayahnya telah 
terabai begitu sahaja. Hasil jualan juga telah menurun dan hutang syarikat semakin 
bertambah. Oleh kerana ayahnya tidak mampu untuk menguruskan syarikat itu lagi, 
ayahnya telah menjualkan syarikat tersebut. 

          Kehidupan Nur terumbang-ambing dan tiada arah tujuan. Dirinya selalu 
ditinggalkan keseorangan dan sepi tanpa belaian seseorang yang bergelar ayah atau umi. 
Oleh kerana itu juga dia tekad untuk tidak mengharapkan sesiapa membantu dirinya. 
Biarlah dia berdikari untuk hidup bersendirian. 

          Walaupun dia seringkali ingin dibawa ke rumah anak yatim, tetapi dia tetap akan 
mencari jalan untuk melepaskan diri. Baginya, tiada beza sama ada untuk hidup sendiri 
ataupun dirumah anak yatim. Mungkin juga, orang akan berasa hairan bagaimana seorang budak perempuan 
yang berumur 10 tahun boleh untuk menguruskan kehidupannya sendiri. Dan bagaimana 
pula dia mendapat duit untuk membeli makanan untuk mengalas perutnya. 

          Sesungguhnya dia amat beruntung kerana dipertemukan dengan Mak cik Lijah. 
Mak cik Lijah telah membenarkan dia bekerja di restorannya. Bermula sebagai pencuci 
pinggan hinggalah beralih menjadi sebagai pembuat air. Sehinggalah ke hari ini, iaitu 
umurnya mencecah 24 tahun dia telah diberhentikan kerja oleh suami Mak Lijah! 

          “Hah... Jiwa kacau. Jiwa kacau! Macam mana aku nak cari duit ni..!!” Jerit nur, 
bila fikirannya buntu, mencari idea untuk mendapatkan duit. Daripada kedudukannya 
yang sedang berbaring terus berubah duduk diatas sofa dengan bersila sambil mengaru- 
garukan kepalanya yang tidak gatal. Duit dalam simpananya sudah hampir habis 
dibelanjakan. Bukit kalau hari-hari sudah ditarah, lama-lama landai juga. Kalau bukan 
kerana dia diberhentikan kerja dari kedai makan Pak Leman itu, sudah tentu hidupnya 
tidak melarat seperti ini. 

          Tetapi kalau difikir-fikirkan balik, memang aku yang bersalah. Siapa suruh aku 
asyik sangat, duduk usha-usha lelaki yang makan di kedai Pak Leman itu. Sampai kerja 
aku buat air di dapur pun terbengkalai. Aduh.. Bengong. 

          Bebel Nur sambil menyekel kepalanya sendiri. Ala.. tapi apa salahnya kalau aku 
nak cari lelaki yang kaya, untuk dijadikan calon suami. Kalau lah Mak cik Lijah ada lagi 
sudah tentu dia tidak akan diberhentikan kerja. dengan langkah kaki yang berat Nur 
berjalan menuju ke arah tingkap yang terbuka luas dan melepaskan keluhan yang berat. 
Pandangannya dilepaskan ke arah pokok-pokok hijau yang ditanam oleh uminya. Hilang 
sedikit rasa bebanan yang ditanggungnya. 

****
maaf kalau hasil karya saya tidak sebagus mana. saya masih lagi hijau dan mahu belajar. ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan