terlanjur cinta

maafkan diri ini kerana jatuh dalam cintamu.
saya pasti, mesti ada diantara kita yang kadang-kala terlanjur untuk mencintai seseorang, walaupun sebenarnya amat sukar untuk kita memiliki dirinya.
situasi terlanjur cinta ini akan membuatkan kita berada dalam situasi yang amat sukar.
saban hari hidup kita akan dipenuhi dengan persoalan.
adakah mungkin dia akan menjadi milik kita?
persoalan demi persoalan menerjah kedalam kotak fikiran, sehingga kita hidup dalam kekeliruan.
bagi yang berada dalam situasi ini, kedua-dua belah pihak takut untuk menyatakan perasaan antara satu sama lain. perkara ini sebenarnya akan membuatkan situasi menjadi lebih buruk, apabila masing-masing ternanti-nanti dan tertunggu-tunggu untuk pihak disebelah sana yang menyatakan perasaannya terlebih dahulu. sekiranya, penantian ini tiada jawapan, mungkin sebelah pihak atau kedua-dua belah pihak akan berputus asa dan mencari cinta yang lain. adakah anda tidak sedih? apabila anda mencintai orang lain tetapi menerima orang lain didalam hidup anda. pada saat ini semua sudah terlewat. cinta yang disimpan hanya sia-sia.

tak perlu malu untuk menyatakan cinta anda. sekiranya cinta mu ditolak, janganlah berputus-asa dan berasa malu. ini kerana, anda telah melakukan perkara yang terbaik. lebih  baik menyatakan daripada anda kesal dikemudian hari, apabila anda mengetahui bahawa anda berdua sebelum ini memang mencintai satu sama lain. tetapi kerana perasaan malu dan takut sekiranya cinta ditolak telah menjadi tembok yang sangat besar untuk anda bersama dengan dirinya.

bagi perempuan, abaikan kata-kata orang lain. "perigi mencari timba". pada zaman sekarang tiada lagi istilah ini. sekiranya anda lambat, anda terlepas. tetapi, untuk memberitahu perasaan anda terhadap si dia haruslah dalam keadaan yanh berhemah. :) bahasa tubuh, merisik tanya. adalah langkah yang terbaik untuk si lelaki mendapat "signal" yang kita menaruh hati kepadanya. ;)

sekiranya anda tidak mendapatkan apa-apa tindak balas daripada si lelaki. jangan kecewa, kerana si dia mungkin bukan untuk dirimu dan mungkin ada lelaki yang lebih baik menunggu mu diluar sana yang Allah telah ciptakan untuk dirimu. :)

---------
berterus-terang tentang perasaan itu penting, demi mengelakan kita menyesal di kemudian hari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan