cinta terhadap kawan sendiri


cinta yang lahir daripada hati memang tidak akan dapat di elakan. siapalah kita untuk menghalang cinta daripada hadir ke dalam kehidupan kita. tetapi, persoalannya. pernah kah kalian jatuh cinta terhadap kawan kalian sendiri? tidak kira lah sama ada teman baik atau pun hanya teman biasa.

mungkin pelbagai jawapan yang akan diberikan. mungkin ya, mungkin jugak tidak.

tetapi bagi kepada mereka yang terjerumus dalam cinta terhadap kawan sendiri mungkin akan mengundang sedikit kegusaran di hati.

bagi cinta mereka yang bersambut oleh sebelah pihak lagi, tidak akan menjadi masalah. tetapi bagaimana pula, bagi mereka yang cintanya hanya disimpan jauh didalam hati. rahsianya disimpan kemas di dalam jiwa. ini akan menimbulkan perasaan yang tidak tenang apabila bersemuka dengan lelaki @ perempuan yang kita cintai tadi. 

"SAYA CINTAKAN AWAK!!!"
jeritan ini hanya  mampu disuarakan di dalam hati.

bukan senang untuk meluahkan perasaan yang dipendam.
pelbagai faktor yang akan dipertimbangkan.

+sekiranya cinta ditolak, persahabatan yang telah lama terjalin mungkin juga akan terputus.
+bagaimana pula, sekiranya si dia mencanangkan cerita mengenai cinta kita terhadap rakan-rakan yang lain? malu yang akan ditanggung pasti tidak akan terkata.
+si dia makin menjauhkan diri daripada kita. semakin ingin dirapati semakin mengelak.

di atas adalah beberapa faktor yang sering kali di pertimbangkan. 
seksanya batin tidak akan dapat digambarkan. daripada perkara-perkara seperti diatas berlaku, cinta dalam diam adalah langkah terbaik. biarlah terseksa, biarlah merana asalkan hubungan aku dan dia kekal seperti biasa.

cinta itu anugerah yang indah. sekiranya dia adalah milikmu, janganlah engkau gusar akan perasaan mu yang takut akan kehilangannya. cinta itu tidak pantas untuk disakiti ataupun untuk menyakiti.

sekiranya dia bukan lah milikmu, bergembiralah diatas kebahagiaanya. sesungguhnya Allah telah memberikan kunci hati mu kepada seseorang yang pantas untuk memiliki diri mu. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan