hati

wahai hati.,
aku tahu kau tengah merinduinya.
aku juga tahu jauh di satu sudut kau berharap agar dapat bertemu dengannya.

wahai hati,
aku tahu kau tengah memberontak untuk meluahkan rasa hati.
tetapi bersabarlah untuk menyatakan perasaan mu.
mungkin apa yang engkau rasakan adalah perasaan sunyi semata.

wahai hati,
bertahanlah. mungkin belum sampai masanya,
untuk kau bercinta. 
kerana Allah itu lebih mengetahui.

wahai hati,
sekiranya dia adalah jodohmu,
pasti suatu saat dia akan menjadi milikmu.
janganlah engkau gundah memikir akan kehilangan dirinya.

wahai hati,
andainya suatu saat hatiku dan hatinya bersatu.
hanya satu yang ingin aku katakan kepadanya.
'aku amat bersyukur kerana engkau yang telah tercipta untuku'




Tiada ulasan:

Catat Ulasan