salah membuka aib



aib? mungkin tak semua orang yang tahu akan makna aib itu sendiri. apabila ditanya apakah makna aib?
jawapan yang diberi = aib tu aib lah.... ala susah la nak terangkan.
common answer~ ;)


rasa hina atau malu akibat perbuatan keji. itu lah makna aib yang sebenar. 


beberapa hari yang lalu. beberapa rakan saya membuka topic mengenai seorang hamba Allah yang sekarang namanya sedang meningkat naik dan disebut-sebut oleh para gadis. cerita yang agak kurang menyenangkan. cerita yang dipost didalam facebook dan saya juga turut membaca mengenai gossip tersebut. tajuk yang lebih tepat, "skandal". 


selain daripada membaca entry mengenai gossip tersebut, kita semestinya tidak akan terlepas untuk membaca comment yang ditinggalkan. pelbagai reaksi yang diberikan. lain manusia lain ragamnya. ada yang marah, ada yang gembira dan ada juga yang memberi nasihat. 
saya begitu tertarik pada comment yang menyatakan, "tak perlulah nak buka aib orang tu, ianya berdosa"


“Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya.” (HR. Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi)


kita sememangya dilarang untuk membuka aib orang lain. tetapi apabila ditegur, jawapan yang didengar. "saya hanya ingin memberikan kesedaran kepada orang lain!"
bagi saya, sekiranya anda ingin berdakwah sekali pun, membuka keaiban orang lain itu tidak seharusnya berlaku. tetapi lain pula jadinya pada zaman sekarang ini. ;)


****
saya hanya memberikan pandangan. terpulang kepada setiap individu itu sendiri mahu menerimanya ataupun tidak. ilmu saya masih lagi sikit, maaf sekiranya tersalah ataupun menyinggung hati sesiapa. =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan